Kamis, 31 Maret 2016

Feeling artis menunggang kuda di Bukit Fraser

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang pernah kuda?? Kolin tak pernah pun mungkin sebab takut dengan kuda kut.
Korang kalau ke Fraser Hill mesti terfikir apa saja aktiviti yang ada kat sana kan. Ini salah satu aktiviti yang boleh korang cuba Menunggang Kuda.


Ikut jalan yang nak turun dari Bukit Fraser akan jumpa The Paddock, Fraser Hill
Di sini korang boleh cuba memanah atau menunggang kuda. Kami memilih menunggang kuda
terlebih dahulu. Sebab trip sebelum ini tutup kan.


Acara posing memang wajib lah bagi kami sekeluarga. Macam biasa hubby aku memang pakar
dalam merosakkan gambar. Adeiii laaaa...hipster la sangat kan pandang sana tu.


Ini kan memang trip meraikan hari lahir mama kolin. Tapi yang perasan yang baju pink tu.
Kalau nak tahu kenapa dia posing macam tu, Alisa tersampuk cerita Diwale tu.
Tu laaaaa mulut dia tak abis menyanyi lagu Garua tu..adeiii



Lawa kan tempat ini. Pokok dan pemandangan cantik giler
kalau lah boleh shooting wedding kat sini, sure album meletop..lawa
kalau menipu bukan kat Fraser Hill pun orang tak tahu kan...


Ini lah harga bayaran untuk menunggang kuda. Mereka akan bawa kita ronda satu pusingan setiap kali naik tu. Best tak best....jom tengok gambar. Wajah-wajah kesayangan hamba memang suka benar.





Puas dah hati nak menunggang kuda. Berani betul Alisa dan Ali ...wahhh
Mami juga yang penakut hahahaha

Ingatkan nak sambung memanah, sekali hujan turun ngam-ngam kami semua selesai menunggang kuda.
Takde rezeki, takpe..bulan Ogos Inshaa Allah kami akan ke Bukit Fraser lagi.

Bukit Fraser atau Fraser Hill ini dah menjadi tempat kegemaran kami sekeluarga pulak.
Sebab memang menenangkan dan tidak semestinya bercuti perlu membeli belah atau berhabis
masuk taman tema sana sini kan. Paling kami enjoy suasana sejuk dingin yang kami boleh rasai
di Bukit Fraser. Jangan lupa singgah The Paddock untuk pengalaman menunggang kuda ok.

Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar