Rabu, 30 Maret 2016

Food Review: Uncle Cendol, Brem Mall, Kepong

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ini kolin nak share tempat lepak dan makan baru yang boleh korang fikirkan kalau nak melepak. Terletak di Ground Floor, Brem Mall, Kepong ada satu kedai makan dikenali sebagai Uncle Cendol.

Uncle Cendol yang baru beroperasi selama 3 bulan ini mula mendapat tempat. Maklumlah dengan keenakkan cendol yang mereka ada di tambah pula makanan berat dan ringan yang ada untuk dipilih.
Selalu kita makan cendol, bawah pokok, ada uncle atau pakcik naik lori kecil atau motor kan. Kali ini lebih mudah dan senang tau. Boleh lepak bawa anak-anak sekali, 
sebab mereka menyediakan tempat yang selesa di sini.


Signboard ini kalau parking depan Brem Mall terus nampak dah. Menyediakan ruang makan di dalam tempat berhawa dingin dan terbuka untuk semua pelanggan mereka. Comel kan logo tu!!


Hidangan pertama yang kami cuba petang tu ialah Nasi Terapung.  Menu ini adalah ciptaan dari Chef Uncle Cendol sendiri. Lauk ayam yang diletakkan di bawah nasi membawa kelainan kepada menu ini. Ditambahkan pula dengan 3 jenis kuar yang diletakkan di atas nasi iaitu kuah masak merah, masak kuning dan kicap black pepper. Hidangan penuh ini memang boleh mengenyangkan kalau kita jenis kuat makan. Tapi kalau kolin kene share lah kan. Sebab hidangan ini agak besar tau.


Mee Kari atau Curry Noodles ini berharga RM12.90 sahaja. Mangkuk besar dengan campuran sayuran, ada udang, kerang, telur rebus dan banyak lagi.
Mangkuk besar dan jenuh nak habiskan. Kari tidak terlalu pedas dan secukup rasa.Cuba yang ini kalau
datang makan di Uncle Cendol ok. Recommended sangat. 


Burger Uncle Cendol ini memang unik sangat. Tahu tak daging kat tengah tu mengunakan kuah rendang. Siapa ada tempe dan juga telur mata. Rasanya agak pedas pada kolin, sebab kolin bukan kaki 
kuat makan pedas. Sos pun bukan sos sebarangan yang disediakan, sambal tau. Lihat sendiri gambar ini merah ke tidak sambal tu. Ada juga kentang goreng dalam hidangan ini.



Char Kway Teow Uncle Cendol  ini pula memang sedap sangat. Teringat macam makan kat Penang tau.
Kuah dan kerang yang digunakan memang secukup rasa.
Ini bakal jadi kegemaran kolin kalau datang ke sini lagi.


Paratta Mutton Buritto's ini dah difusionkan. Ala-ala masakan Mexico pun ada. 
Sedap sangat rasanya dan ini pertama kali kolin merasai hidangan sebegini.
Ada rasa macam murtabak, tapi bukan murtabak. Isinya yang disediakan di dalam 
roti parattha itu memang sedap sangat. Kena pula dengan sos istimewa yang disediakan oleh Chef di sini siap ada potongan cili padi lagi. Memang Malaysia lah kan!!


UNCLE CENDOL Rojak Buah ini paling sesuai kalau kita datang nak melepak dan berdiet dengan kawan-kawan di Uncle Cendol, Brem Mall. Rasa manis, pedas dan kesegaran buah yang disediakan pasti mengamit dan kecur air liur. Kolin yang share ini pun teringat pula kesedapan kuah rojak ini. Asli dan sememangnya menu wajib order kalau ke sini. 

Asyik gambar makanan sahaja kan. Pelik juga kan bila nak tunjuk gambar cendol. Dengan cuaca panas macam ini memang mengancam sangat lah. Di sini ada Cendol Durian, Cendol Pulut, 
Cendol Nata De Coco dan Cendol Attap Seed.


Ada buah delima, nata de coco dan sebagainya. Makin kreatif sekarang dan banyak pilihan buat pengemar cendol. Kalau dulu pulut dan jagung sahaja. Sekarang durian pun dah ada dalam cendol. 

Ais Batu Campur pun ada juga. Siap aiskrim vanilla di atas sekali. 
Memang musim tengah panas dapat yang ini sedap kan. Rasa macam tak puas makan semangkuk.

Tak lupa juga minuman panas. Buat yang sukakan kopi, boleh try minum kopi di Uncle Cendol. Buat peminat teh pun ada juga. Pendek kata di Uncle Cendol untuk semua lapisan umur pun ada. Kalau datang ke sini jangan risau lah ye. Pasti ada menu yang dapat memenuhi citarasa anda.



Jangan lupa singgah Uncle Cendol kalau ke Brem Mall Kepong ya. Kolin suggest cuba minum
Cendol Durian tu. Memang terasa sangat durian tu huhuhu


Kredit gambar pada Facebook Uncle Cendol Cafe. 
Thank you for having us...sedap dan best giler.



Love, 

Kolin Zainal



Tidak ada komentar:

Posting Komentar