Senin, 28 Maret 2016

KL Tower Media Nite 2016

assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kepada Menara Kuala Lumpur terutama kak Elliey sebab sudi menjemput kolin sebagai media blogger malam jumaat yang lalu. Media Nite 2016 yang bertemakan "Glamorous Sparkling" ini memang glamor sangat. Semua berkilat-kilat dan bersinar-sinar tau. Sampai di ruang bawah Menara Kuala Lumpur, kami di iring untuk register dan terus naik ke Tingkat Mega View di mana Media Nite KL Tower bakal di adakan. Seronok naik lif laju-laju kat sini. Siapa belum pernah, pergi cuba ok.

Inilah Fendi, Offical Photographer untuk Menara Kuala Lumpur

Kak Elliey yang sentiasa vogue 

Apa pun sebelum masuk ke dalam dewan, mesti posing kat photo booth la dulu.
Ada contest lagipun, tapi tak menang. Pose kolin kureng mengancam lah pulak...tak de rezeki
Takpe lain kali kolin posing maut ya hahahha


Malam yang penuh gilang gemilang ini dihadiri pelbagai lapisan wartawan, orang-orang seni dan juga artis. Paling happening untuk acara pembukaan sudah tentu pengacara 'the living legend' kak Ogy Ahmad Daud kita lah. Memang tepat sangat pengambilan Kak Ogy sebagai pengacara majlis. Korang ahkak kalau dah laser sekali..ingat sampai mati tau!!!!!


Penuh gamat, penuh gelak ketawa paling penting kami semua terhibur. 
 Acara dimulakan dengan tarian opening dari penari-penari jemputan. Tak lupa juga semua Top Management KL Tower yang sporting siap menari bagi meraikan semua tetamu media yang hadir. Sporting habisss!!!


Dan paling yang kolin nantikan adalah persembahan dari penyanyi ini iaitu Hazami. Tapi kali ini beliau muncul bersama kawan-kawan yang lain. Penyanyi meningkat naik rasanya, kolin kurang kenal. Tapi selepas dah tengok IG masing-masing baru perasan. Ada di antara mereka adalah calon ABPH lah. Sorry lah kolin kurang kenal artis baru. Lepas ini kena tambah ilmu lagi lerr. Ada artis AF juga yang buat persembahan malam tu. Boleh ke Utube cari Collin Zainal dan tengok semua link video yang ada tau.

Antaranya yang ini pembukaan media nite kl tower 2016
video hazami nyanyi live



Ada juga penampilan dari Kaka yang mendendangkan lagu 'Bukan Hal Aku'.
Habis Kak Ogy bahankan lagu Kaka. Paling sweet apabila Kaka dan Kak Ogy berduet menyanyikan lagu sepanjang zaman Wajah Wajah Kekasih. Memgimbau sangat..happening!


Makan malam yang dihidangkan bersama dengan dendangan dari semua penyanyi jemputan. Tak lupa juga ada acara cabutan bertuah. Tapi kali ini kolin tak bertuah dah ahhahaha. Sian kolin tau tunggu sampai jam 12 malam dinner habis tapi tak ada rezeki. Takpe...lain kali mungkin ada kan.

Banyak kawan baru dan kawan lama kolin dapat jejak masa media nite KL Tower.  Zaman sekolah La Salle pun ada. Teringat zaman-zaman bersekolah dahulu. Kira jejak kasih lah jugak.
Best sangat dapat kenal ramai media lain. Kecil sangat rasanya kolin sebagai blogger datang ke majlis gilang gemilang ini. Tahniah Menara Kuala Lumpur di atas kejayaan majlis ini. Best gilerr...
 
So hope tahun depan dapat jumpa lagi lah ye...

Love,

Kolin Zainal





Tidak ada komentar:

Posting Komentar