Sabtu, 30 April 2016

Super ICT SALE di Plaza Low Yat

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kali ini Plaza Low Yat telah mengadakan Super ICT Sale untuk semua para pengunjung yang hadir.


Menarik kan!! Setiap pukul 1.00 atau 5.00 petang ada Hot Deals Up for Grabs antaranya ada pendrive RM5, Western Digital 1TB Hardisk RM129.00, Bluetooth Headphone RM69.00. Untuk esok pula 1 May 2016 akan ada Pineng Power bank 10000mh RM25.00, Huawei Y5C RM159.00, HP Deskjet Printer RM99.00, Sport Pouch RM15.00 dan Remax 2 in 1 Cable RM 5.00. Kolin nasihatkan pergi awal-awal dan beratur untuk dapatkan apa jua barang ICT idaman korang.

Datang awal-awal dan beratur ok.



Pembelian di sini dilakukan secara sistematik ok. Jangan risau lah hal berebut atau apa. Semua teratur dan ada juga kawalan keselamatan.



Selain itu, Plaza Low Yat juga memberikan tiket wayang untuk 2 orang secara PERCUMA. Korang hanya perlu bergambar dengan Super Heroes yang berada di ruang legar jam 1.00 dan 5.00 petang. Macam yang kolin posing ini, Like FB Plaza Low Yat seterusnya upload gambar tu dengan caption korang tersendiri. Tiket wayang untuk menonton apa jua filem untuk 2 orang terus menjadi milik anda. Senang- senang aje kan dapat tengok wayang FREE. Esok ada lagi, jangan lupa pergi ok.




Posing macam kolin ni tau. Mudah sangat nak menang tiket wayang FREE. Ada 60 tiket wayang untuk dimenangi korang semua.



Selain itu buat pengunjung Plaza Low Yat yang berbelanja melebihi RM200 dapat bermain permainan yang disediakan dan menangi hadiah- hadiah yang menarik. Resit boleh gabung tau bukan satu resit.

Lagi tambah syiok selepas main game menangi pelbagai barangan ICT yang disediakan oleh Plaza Low Yat. Yang bertuah pula bakal memenangi Grand Prize bernilai lebih RM20,000.00. Hah..mana tahu tuah badan menang lucky draw kan.


Jadi jangan lepaskan peluang membeli barangan ICT pada harga berbaloi dan memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan di Plaza Low Yat. 

Kolin happy sebab dah dapat tiket wayang. Balik ini boleh lah dating dengan yang tersayangkan. So korang yang weekend tak pergi ke mana-mana boleh la pergi ke Plaza Low Yat dan lihat sendiri kemeriahan Super ICT Sale yang diadakan.




Jangan lupa bawa kawan-kawan dan keluarga ok. Segala-galanya berbaloi untuk korang miliki.

Love,

Kolin Zainal



Kamis, 28 April 2016

Lebaran ShowCase 2016 dari BAHARI ASYEK

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat yang baru nak mengenali Bahari Asyek, Selamat Datang kolin ucapkan. Bahari Asyek yang beroperasi dua butik mengunakan label yang sama, Bahari Asyek Fabrik dan Busana Bahari Asyek khusus dalam penjualan fabrik dan pakaian siap tradisional yang semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan dan juga antarabangsa. Menawarkan produk bermutu dan berkualiti, Bahari Asyek sememangnya menjadi pilihan pengemar yang dah tahu lama akan keaslian dan mutu produk dari Bahari Asyek.


Bertempat di Concorde Hotel Shah Alam, Bahari Asyek telah memperkenalkan koleksi atau ShowCase Lebaran 2016 yang sememangnya anggun. Setiap kali koleksi Bahari Asyek di peragakan atas pentas tak putus-putus mata kolin memerhatikan cutting atau potongan sesuatu busana yang digayakan. 
Memang dalam kerlas yang tesendiri.


Tampil penuh tradisi di acara pembukaan semalam memang dah meletakkan Bahari Asyek di dalam kelas yang tersendiri. Untuk koleksi tahun 2016, pengunaan fabrik yang diperbuat daripada 'natural fibre' seperti kapas, voil, linen, rayon dan sutera menjadi keutamaan di dalam pemilihan fabrik Busana Bahari Asyek.

Cukup sesuai dengan keadaan negara kita yang agak panas kan. Sempena Syawal yang bakal menjelang, Busana Bahri Asyek mengorak langkah baharu menghasilkan pelbagai busana menarik yang dikhususkan untuk dipakai di hari raya nanti. Bohonglah kolin cakap tak jatuh cinta dengan koleksi yang diperagakan semalam. Memang lawa sangat dan lagi buat kolin jatuh cinta dengan koleksi mereka ialah 'Baju Kurung Archipelago' selain kebaya labuh Che Siti Wan Kembang dan kurung Tun Teja yang menjadi ikon Bahari Asyek. Pemilihan kain berteraskan kapas yang bermutu tinggi lagi sesuai lah digayakan di hari raya nanti kan.


One of my favourite baju kurung!!! Lawa kan.


Kebaya juga ada diperagakan. Menampilkan warna polos dan juga bercorak, Bahari Asyek memenuhi permintaan peminat fesyen yang mementingkan keselesaan dan penampilan yang tampil elegan. 

Bagi yang menyambut tetamu di rumah, pelbagai fesyen dan corak berteraskan kain polos juga ada untuk koleksi kali ini. Ada juga ditambahkan dengan penambahan sulaman dan manik dan memeriahkan lagi koleksi. Setiap tahun, Bahari Asyek mengadakan pertunjukkan fesyen bagi memperkenalkan dan membawah fesyen tradisional ini jauh ke hadapan. Selain potongan yang diberi pembaharuan, fesyen dan fabrik juga berbeza saban tahun. Inilah kelainan Bahari Asyek.

Pemilik Bahari Asyek, Puan Zahalina menyatakan, beliau sanggup ke Dubai, Turki, Mesir dan Pakistan bagi mendapaktan fabrik yang bermutu bagi menghasilkan koleksi Bahari Asyek. Semua ini bagi menjaga pelanggan yang senantiasa menantikan kelainan di Bahari Asyek. 

Jom kita tengok antara koleksi yang ada di Showcase Lebaran 2016 oleh Bahari Asyek








Memang lawa dan tak puas tengok semua koleksi ini. Yang nak pergi tengok sendiri macam kolin ini. Jom beramai-ramai ke Butik Bahari Asyek yang berada di Tingkat 1, Plaza Masalam (Plaza Shah Alam) yang bersebelahan dengan Concorde Hotel Shah Alam di Seksyen 9. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan fabrik atau ingin berniaga boleh juga ke butik atau telefon sahaja butik di 03-5513 5310. Nak tengok banyak lagi perkembangan fesyen dan busana dari Bahari Asyek sila layari www.facebook.com/BahariAsyek atau www.instagram.com/BahariAsyek

Tak sabar nak pergi beli sehelai dua koleksi syawal dari Bahari Asyek. 
Raya nanti boleh lah kolin OOTD dengan Bahari Asyek kan. 
Tahniah buat pemilik ini, Puan Zahalina dan juga suaminya.

 
Love, 

Kolin Zainal

Selasa, 26 April 2016

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda

assalamualaikum dan salam sejahtera

Kolin dah pakai produk SAFI ini dari zaman sekolah lagi. Memang menjadi pilihan kawan-kawan pun masa tu. Kebanyakkkan dari kami memang memilih SAFI untuk pembersih wajah, malah krim muka pun pakai SAFI. Maklumlah SAFI adalah produk mampu milik. Harga sangat berpatutan.

Kebaikan alam seperti gamat, pokok lidah buaya dan mentimun memang dah ramai tahu apa khasiat dan baik untuk kulit kan. Kolin tak nafikan pembersih wajah adalah yang paling penting, sebab nak bersihkan kekotoran di muka, nak bersihkan sisa mekap dan banyak lagi.

SAFI produk halal No. 1 di kalangan rakyat tempatan, telah diolah dan diperkayakan lagi dengan manfaat Habbatus Sauda agar kesihatan pada kulit wajah dapat dipertingkatkan. Nampak tak produk SAFI kini bertambah hebat dan sudah tentu menjadi pilihan Muslimah bagi mendapatkan produk halal kan. 


Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasalah sendiri formula terbaru dari ekstrak semulajadi dalam variasi Sari Mentimun & Habbastus Sauda, Sari Susu Manggi & Habbatus Sauda dan Sari Gamat & Habbatus Sauda.


Sekarang dah ada bungkusan dan rona yang lebih lawa dari SAFI. Yang ini adalah rangkaian penjagaan wajah SAFI yang mempunyai Sari Mentimun dan Habbatus Sauda. Untuk Pembersih Muka 50gram RM6.10, Penyegar 100ml RM7.50, Pelembap Muka 80g RM8.90 dan krim kecantikan 16g RM7.40. 

Harga rangkaian penjagaan wajah dari SAFI memang berbaloi dan mudah dimiliki. Manfaat sari mentimun yang mampu mengecilkan pori pada wajah. Pembersih wajah mampu membersihkan kekotoran secara mendalam, membuatkan kulit lebih mulus, segar dan berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda !
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Wajah kian halus dan pori tidak akan tersumbat lagi. 

Untuk penyegar pula ia dapat membuat kulit wajah kita sentiasa tegang dan lembab. Tiada alkohol tau, so tak perlu risau kalau ada alergi pada wajah. Pelembap pula dapat menyejukkan kulit ibarat terapi wajah. Mineral dan vitamin juga dibekalkan bagi kulit wajah yang sihat. 

Yang krim kecantikkan ini pula sememangnya dah terkenal masa kolin sekolah dulu. Tapi kini dah dipertingkatkan dengan Habbatus Sauda pula. Boleh dijadikan asas solekan tau. Murah sahaja RM7.40.


Inilah dia Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Saud SAFI. Di datangkan dalam rona biru lembut.
Gamat dah memang kita tahu sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Mampu mengawal minyak dan jerawat juga ok. Disebabkan itu lah terhasilnya produk bermutu ini. Pembersih muka 50g RM6.10 dan Pelembap Muka 80g hanya RM8.90.

Kebaikan gamat dan Habbatus Sauda dah ada dalam satu. Memang baik untuk adik-adik atau kakak-kakak yang mengalami kulit berminyak dan mudah naik jerawat tu. Cubalah ye.


Akhir sekali kolin nak share info pasal Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI. Yang mana nak cari pembersih muka yang mampu mencerah. Cubalah SAFI !

Manggis yang memang digelar ratu buah-buahan kini dirumus khas dengan susu  menjadikan kulit yang dicuci lebih bersih, segar dan lembap untuk sepanjang hari. Dengan RM6.10 untuk 50gram memang berbaloikan. Produk yang berkualiti pada harga yang boleh dimiliki. Patutlaa dari zaman sekolah kolin dan kawan-kawan memang penguna tegar SAFI. Tak berubah pun harga dia dari dulu. Elok aje kulit ...

Semua produk SAFI yang kolin cerita ini boleh korang dapati di seluruh Malaysia. Ada di farmasi, pasaraya dan juga kedai-kedai yang berdekatan anda. Nikmati sendiri khasiat alam semulajadi dalam manfaat berganda Habbatus Sauda. Maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari www.facebook.com/SAFI.MY atau IG mereka di www.instagram.com/[email protected] dan saluran YouTube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

Sempat lagi nak cantik sebelum raya kan. Cepat pergi beli sebab dah gaji !!!

Love

Kolin Zainal

Senin, 25 April 2016

Sedapnya hidangan di Aunty Tartlets

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua yang suka mencuba makanan baru, kolin ada tempat baru untuk korang cuba. 
Aunty Tartlets yang terletak di No 173 Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2, Negeri Sembilan ada banyak pilihan hidangan untuk anda pilih. 


Hampir semua pastry korang boleh rasa apabila ke sini. Tak jauh pun dari tol kalau nak balik kampung arah selatan tu. Daripada buang duit makan tak sedap dan mahal kat R&R baik singgah makan kat sini. Berbaloi sangat tau. Percaya atau tidak Nasi Lemak di sini mengunakan Beras Basmathi masih RM1.00 dan kalau minum sekali dengan teh o ais, korang hanya perlu membayar RM1.50. Jimat kan!!!

 Chicken Wrap RM7.90

Fried Kuey Teow RM6.00

 Spaghetti Carbonara RM10.00

Harga bun/roti ini antara RM2.00 ke RM4.50 sahaja 



 Ini pula pelbagai jenis donut yang ada, tapi ini size mini
Kalau korang datang ke Aunty Tartlets, size donut yang biasa lah ye.
Ada cheese tart, berbagai jenis kek yang boleh korang pilih kat sini. Memang rambang mata kalau datang bersantap di Aunty Tartlets ini. Dari yang bercoklat sehinggalah yang berkeju semua ada. 

Harga pula amat berpatutan, janganlah korang risau. Aunty Tartlets yang dibuka dari 9.00 sehingga 7.00 malam ini ambil tempahan juga tau. Tapi kalau kek kenalah 3 hari lebih awal.

Lagi best, semua pastry yang ada di Aunty Tartlets di hasilkan sendiri. Maknanya 100% bumiputera dan bukan dibeli dari luar. Dihasilkan setiap hari fresh tau. Tak jauh pun dari KL ke Seremban 2 lebih kurang 30 minit sahaja dan ianya terletak betul-betul di belakang Mydin Mall Seremban 2.

Jom kolin belanja korang gambar hidangan yang sedap-sedap di Aunty Tarlets !




 Terliur kan tengok semua manisan yang ada di Aunty Tartlets.
Untuk lebih banyak gambar hidangan bagi menyeksa batin korang semua 
Memang meroyan tengok semua hidangan yang ada tau. Datang lah bersama keluarga melepak ok.

Inilah kami yang happy ketika makan di Aunty Tartlets ...



Sedap punya pasal Tatie sampai begitu gambarnya tau. 
So rugi tak cuba, tempat baru, selera baru, harga berpatutan.
Nanti singgah Aunty Tartlets ok.

Love, 

Kolin Zainal






Sabtu, 23 April 2016

Minggu Setiausaha

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Setiausaha korang semua...setiap 26 April kami semua Setiausaha akan di rai. Kolin dan kawan-kawan memang ramai laa bergelar S/U. Dah memang ambil kos kesetiausahaan semasa menuntut di UiTM dulu kan. 

Happy sebab ada juga kawan yang hargai kolin yang kerja sebagai Setiausaha ini.
Pepagi buta dia dah wasap weii..nak belanja lunch !
U make me happy anak hayam


So kepada bos-bos yang baca ini, tolong lah wish Secretary uolsss..
Tak salah kan...so buat semua yang bergelar PA, Setiausaha, Secretary, Seksatari pun tak pe lah..

Happy Secretaries Week!!! Have a blast uollsss


Love, 

Kolin Zainal

p/s: teringat dapat perfum estee lauder masa kerja dgn YST dulu huhuhu

Jumat, 22 April 2016

Mangga Asam Boi dari Kak Senduk

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak kenal kak senduk kan. Lawak dia memang menjadi dan mengila aje. 
Kolin dah lama follow blog dia dan now dia ada FB dan IG jugak. 
Dapat tahu lately kak senduk dah mula menjual mangga asam boi tau. 
siap dah ada delivery lagi. Bila kak senduk mention nak masuk shah alam, memang kolin tak berlengah dan terus PM kak senduk kat FB sebab nak rasa sangat mangga asam boi dari kak senduk.

Kak senduk siap dah register SSM lagi. Semoga berjaya kak senduk !!!
I wish you all the best tau.


terus pose tau ajak selpie..
sporting habiss..macam dah kenal lama tau

sila telan air liur anda. Jujur sedap kak senduk. 
Ranggup dan berasa semua. Tak pedas sangat, anak-anak kolin suka sangat makan lepas dinner malam tadi
Ada kesempatan boleh order lagi. RM5 sahaja sebekas...sedap..

So add kak senduk atau nama dalam FB Reez Sham Yasin dan order sendiri mangga asam boi korang. 
Yang ini kolin punya muahahhaa...

Tahniah ya!!! Semoga terus maju dan sukses selalu

Love, 

Kolin Zainal

Kamis, 21 April 2016

Rasai sendiri kebaikan minuman dari Nia Amira Beauty

assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, akhirnya kolin dapat bertemu dengan minuman kesihatan ini. Kolin kalau korang semua nak tahu, memang ada masalah gastrik. Sejak 5 tahun lalu, masalah gastrik kolin memang menjadi-jadi sampai kekadang pergi klinik kena ambil injection. Sejak tu juga lah kolin memang tak nak skip makan, walau dalam hati meraung-raung nak berdiet kunun nya. Inilah produk kesihatan dari Nia Amira Beauty.


Nia Vera keluaran dari Nia Amira Beauty ini adalah produk keluaran muslim, buatan Malaysia dan ada sijil GMP. Jadi tak perlu risau lah akan apa-apa boleh diminum tanpa was-was. Cukup mudah nak minum Nia Vera ini hanya minum 3 sudu sebelum makan. Biasa kolin makan sebelum breakfast dan sebelum dinner. 

Nia Vera adalah sejenis minuman yang dirumus daripada Aloe Vera dan pati kurma Ajwa (kurma Nabi) untuk membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan. Macam kolin selalu google, orang yang ada masalah gastrik kena cuba minuman aloe vera tau.
Alhamdulillah,, baru 5 hari kolin amalkan minum memang tak sakit perut or gastrik akibat lewat makan. 
Kalau tidak memang pagi-pagi kolin dah bersarapan tau. Mudah-mudahan dapat membantu kolin berpuasa nanti. Manalah tau penyakit gastrik kolin boleh melayang terus. Lagi untung!!

Nia Vera juga ada Kurma Ajwa yang kita tahu ada kandungan serat yang tinggi, dan aloe vera mampu mengimbangkan pH optimum dalam usus kita. Jadi minuman yang berat bersih 1000ml ini bukan untuk peringkat dewasa sahaja. Malahan kanak-kanak pun boleh kalau nak minum. Lagi sedap, 3 sudu itu dicampurkan bersama jus buah-buahan tau. Segar sahaja bila kita minum. 

Gabungan Aloe Vera dan pati kurma Ajwa ini juga membantu dalam proses penyerapan nutrient ke dalam usus, memudahkan proses penghadaman, membersihkan sistem pencernaan, mencegah maslaah sembelit dan meningkatkan keupayaan sistem imunasi kita juga. Yang pasti goncang botol dahulu sebelum minum ok.

Inilah Nia Vera 

Satu lagi keluaran Nia Amira Beauty ialah Nia Ultimate Juice. Yang ini kolin amalkan juga 2 kali sehari sebelum makan. Goncang sebelum minum terus atau campurkan sahaja ke dalam minuman kita. Ada Vitamin B17 dan juga antioksidan. Menarik bukan! Rasanya pun masam-masam manis aje. 
Kandungan Nia Ultimate Juice memang terbaik. Jom kolin senaraikan supaya korang semua faham kenapa korang perlu minum Nia Ultimate Juice untuk kesihatan yang optimum. Kalau tak pun boleh hadiah bagi orang tua kita kat kampung. Sure mereka happy dengan Nia Ultimate Juice. Semua bahan semulajadi tau.
Antara kandungan Nia Ultimate Juice ialah:

1.  Manggis - membantu mengimbangkan sistem kelenjar endokrin disamping menyembuhkan peradangan

2. Durian Belanda - menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, disamping melindungi sistem kekebalan tubuh.

3. Ekstrak Buah Naga - diperkaya dnegan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan manusia. Dapat menghindarkan diri dari kanser usus.

4. Ekstrak Kranberi - sumber yuang bagus bagi serat vitamin C dan vitamin E serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi, strok, kencing manis dan obesiti. 

5. Habatussauda- komponen aktif seperti thymoquinone dan alpha-hedrin yang dikenalpasti dapat bertindak juga sebagai anti radang, anti mikro dan juga antiparasitik.

6. Ekstrak Stevia - merupakan pemanis semulajadi yang sangat seuai untuk pengidap diabetes.

7. Ekstrak Biji Aprikot - kaya dengan B17 atau amigladin disyorkan untuk makanan tambahan harian bagi tujuan kesihatan umum terutama mencegah dan merawat penyakit kanser.

8. Kiwi - mengawal kolestrol dan darah tinggi

9. Delima - antioksida yang bersifat antikanser dan melambatkan proses penuaan.

10. Ekstrak kurma - kaya dengan vitamin, karbohidrat, dan fiber. Berupaya juga membantu mengurangkan kolestrol di dalam badan. 


Inilah Nia Ultimate Juice yang sememangnya banyak khasiat dalam satu botol. Kolin minum kedua-dua produk kesihatan ini dengan niat nak badan lebih sihat dan cergas. Maklumlah umur pun dah pertengahan 30an. Sesuai lah ambil supplement yang sesuai kan. 

Happy sangat dapat berkongsi dengan korang semua pasal produk kesihatan ini. Kalau ada masalah gastrik dan masih  mencari apa yang sesuai. 
Janganlah lupa cuba Nia Amira Beauty iaitu Nia Vera dan Nia Ultimate Juice ini. Macam kolin masalah gastrik pun dah tak ada sangat kalau ter miss makan. Tak macam selalu, perut mudah masuk angin. 
Untuk lebih jelas, lebih maklumat korang boleh klik yang ini.

atau di talian 019-3709002, 010-4029002 atau 010-4019002
Boleh jadi pengedar juga tau, call atau pm Nia Amira Beauty saja ok.


Kedua-dua produk kesihatan yang penuh khasiat ini telah kolin cuba. Malah kolin panjangkan kepada ahli keluarga yang lain dalam rumah. Mana tahu kami sekeluarga boleh sihat bersama-sama kan.


 Amalkan Nia Vera dan Nia Ultimate Juice untuk kesihatan yang lebih baik ok. 
Dalam kesibukan seharian kesihatan perlu dijaga juga.
Senang sahaja 2-3 sudu, 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.
Thank you Nia Amira Beauty berkongsi kebaikan ini dengan kolin. Happy!!!!



 Love, 

Kolin Zainal





 


Rabu, 20 April 2016

Keluarga Ali main Bowling

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haaa kenapa keluarga Ali pulak kan. Sebab hubby Sazali..orang panggil Ali
Ali Imran..pun orang panggil Ali
Alisa Maisara...nampak tak Ali pangkal nama
Kolin pula Azlin...nama sebenar..dulu panggil Alin..ntah camner masuk zaman Uni terus 
tukar panggil kolin. Ada yang kata muka kolin iras Wan Khatijah..agaknye laa kan
So kira total up...kami lah Keluarga Ali

Weekend boring nak pergi Mall habiskan duit. Now kami sebagai parents perkenalkan Bowling untuk isi masa lapang anak-anak. Hubby dan kolin tak terer pun main hahaha
Tapi tak salah kan mencuba hatta masuk longkang 80%..
kolin adalah pernah main kalau perlawanan persahabatan kat pejabat. sesikit laa tak terer pun.
Lets the Game begin muahahahhaha


Kami main satu frame saja, ok lah tu kan..sebab anak-anak pun tak pernah main. 
Hubby kolin lah jadi trainer untuk malam tu. 


My boy and My Man tengah ajar macam mana nak hold bola bowling tu


Haaa gaya seorang jaguh bowling satu hari nanti. Dia memang minat betul sport yang ini. 
Mungkin nanti mana tahu, boleh wakil Malaysia hihihi


Alisa pulak hubby ajar cara tradisional. Pegang bola dan golekkan hahaha
Sebab bola yang paling ringan pun jadi paling berat untuk dia. Dia kan kurus, jaga makan. 

Sambil tunggu hubby dan ali imran baling kami sempatlah selfie dulu.



Selesai dah habis satu frame, kami wefie lagi



Inilah result kami main bowling malam tu hihih
Tak disangka-sangka, kolin yang kaki bangku boleh menang. Hubby benggang aje, sebab dia ingat dia strike dah boleh menang bergaya. Sekali kalah tipis !! Akan repeat dia bilang dong...


Tapi aktiviti kami tak berakhir kat situ aje, kami pergi lagi karaoke selama sejam
Pufff....kolin dan hubby tak dapat pegang microphone langsung. Ali dan Alisa kuasai habis.
Semua lagu kami pilih dia pandai nyanyi


Balik dari bowling dan karaoke baru pergi dinner. Malam tu anak-anak happy giler
Sebagai parent apa lagi kita nak kan..kebahagian anak-anak paling utama.
So korang jangan lupa plan aktiviti untuk anak-anak ok. Tak perlu spend duit banyak-banyak pun. 
Pergi main layang-layang pun anak dah happy tau.

Love,

Kolin Zainal