Sabtu, 02 April 2016

HALAL SHOPPE ANGGERIK MALL, SHAH ALAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Halal Shoppe yang dikendalikan oleh MARA Selangor kini telah dibuka di Tingkat 1, Anggerik Mall Shah Alam. Majlis Perasmian yang diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam baru-baru ini menyaksikan YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Yaakub iaitu YB Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hadir bagi perasmian ini. Termasuk juga bagi Perasmian Pusat Post Natal & Spa Kecantikan La' Joise di bawah Progarm Peningkatan Pendapatan (PPP), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).



Kalau nak tahu MARA dalam sambutan ke 50 tahun, dalam proses menjadikan Anggerik Mall sebagai Halal Mall di masa akan datang. Ianya akan menjadi hub atau tempat peruncitan mukmin. Erti kata lain ianya tiada keraguan halal atau tidak sekiranya membeli belah di sini. So nak memasak boleh lah singgah Anggerik Mall tengok apa barangan yang ada kan.


Acara perasmian dengan memukul gong dan juga menandatangani pembukaan spa post natal La' Joise.




Halal Shoppe dibuka bagi membantu golongan Bumiputera dan juga IKS dalam pemasaran produk mereka. Disamping itu juga, pasaran yang luas di Shah Alam bakal memudahkan semua warga di sini mendapatkan produk halal dan dijamin kebersihannya.


Satu tarikan baru juga untuk Anggerik Mall kini yang bakal dibangunkan bagi Usahawan Bumiputera dan Usahawan Mara bagi memasarkan produk mereka. 

Konsep retail yang moden dan bersesuaian serta dilengkap dengan system 'Points of Sales' bagi melengkapi standard yang diperlukan oleh Halal Shoppe.  Halal Shoppe juga dijangka menjadi satu platform bagi memasarkan produk halal  yang ada ke negara Taiwan, China dan juga Indonesia. 

Sebanyak lebih 140 produk yang telah berada di Halal Shoppe. Korang boleh datang sendiri ke Tingkat 1, Anggerik Mall Shah Alam dan melihat sendiri semua barangan Bumiputera dan IKS yang ada. 
 Antaranya ada produk minuman, makanan, kesihatan, ubat-ubatan, penjagaan wajah dan banyak lagi.

Antara usahawan Bumiputera yang turut serta dalam Halal Shoppe ialah Juara Saji Sdn. Bhd. (Pak Tam), Adabi Malaysia Sdn. Bhd, Noraini Cookies Sdn Bhd dan juga PS Food & Beverage Sdn. Bhd. 
 Kini terutamanya Warga Shah Alam boleh pergi sendiri ke Anggerik Mall dan lihat lah sendiri aneka barangan halal yang boleh kita dapati. Dah mudah kan...


Semoga usaha MARA menjadikan Anggerik Mall sebagai Halal Mall berjaya dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran global. Kalau bukan kita sokong produk orang kita, siapa lagi kan.
 Tahniah MARA !

Love, 

Kolin Zainal 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar