Selasa, 19 April 2016

Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selalu kolin dengar kawan-kawan cerita mengenai kesedapan Mee Udang Banjir ini. 
Baru-baru ini kolin berkesempatan short-holiday dengan family kat Pantai Indah Seaview Apartment, so singgah lah sini untuk makan tengahari. Dalam 20km juga dari Pantai Remis ke sini. 
Tak berapa jauh selepas Waze kami pun datang juga sebab nak rasa sangat Mee Udang Banjir ni kan.



Ini lah kedai yang terletak di bahu jalan selepas stesen minyak Petronas di Pekan Kuala Selangor.
Senang sangat nak tahu lokasinya di hadapan Masjid Kuala Selangor.


Ini lah mak dan anak dara kolin Alisa. Ambil order kami agak laju, tapi hampa makanan agak lambat sedikit.
Lagi pulak tengahari panas kan, tapi bab tu ok aje kut. Di sini menyajikan pelbagai makanan goreng-goreng.
Kalau yang mee udang banjir tu ada tiga jenis udang. Udang biasa, udang galah dan juga udang laut. Ali Imran pilih nasi goreng paprik, kolin ambil mee udang galah manakala mak dan hubby order mee udang laut.


Ini lah Mee Udang Laut.


Ini pula Mee Udang Galah. 

Ada order dua air sirap, satu teh o ais dan dua lychee kang. 
Semua total kos kami makan tengahari itu dalam RM66.00. Mahal tak? 
3 jenis mee, satu nasi goreng, tiga air biasa dan lychee kang. Terpulang korang nak nilai sendiri mahal atau tidak. Pada kolin agak tinggi harga mee ini. Udang dalam 5-6 ekor, rasa kuah dan mee biasa-biasa sahaja.

Cukuplah sekali pernah makan dan singgah. Kalau nak kata ada tarikan, setakat udang tu sahaja. Tapi itupun tak berapa menarik perhatian kolin. So cukuplah sekadar sekali singgah untuk merasa.
Terpulang pada korang nak cakap apa, ini lah review jujur dari kolin.
 Mak kolin pun cakap, mee nya kurang rasa. Dah kalau orang tua pun kata macam tu.
Memang agak kurang sedikitlah..mungkin dulu sedap kut. Masa zaman popular tu.


Lagi satu kecewa dengan keadaan tandas di sini. Sangat tidak terjaga dan jauh ke belakang.
Alahai....tandas tiada lampu dan tidak dibersihkan secara berkala. 
Rasa kolin untuk peniaga kedai makan ni, tandas kena lah tip top. Maklumlah mana tau
ada pelanggan yang gesa nak guna tandas kan. 

Kesudahannya, kami selesaikan makan dan terus ke pam minyak berdekatan. 
Hampa sedikit lah...bukan nak kondem bisnes orang melayu. Tapi rasanya tak salah kalau kedai ini
bukan dapat sambutan orang melayu sahaja malahan bangsa lain kan. 
Buat yang tak pernah rasa Mee Udang Banjir Kuala Selangor boleh lah singgah dan review sendiri.
Jangan lah kecam kolin pulak. Pergi rasa dan share komen ok. 

Love,

Kolin Zainal


Tidak ada komentar:

Posting Komentar