Senin, 04 April 2016

Tahniah Ali Imran

assalammualaikum dan salam sejahtera

Berita gembira ini kolin dapat Jumaat lepas. Seronok sangat !
Biarlah korang nak mengata, bukan dapat No. 1 pun. Bukan cemerlang pun!
Tapi ini lah dia usaha Ali Imran yang telah nampak kemajuan. 

Ali Imran darjah 4 dan sedia maklum taraf pendidikan kini makin susah. 
Tak percaya mak bapak pergi selak kertas peperiksaan anak-anak korang. 
Luangkan masa dan duduk tengok sekali. Kita kalau nak marah pun tengok gak paper exam tu rupa macam mana. Ternyata peperiksaan English kali ini taraf budak Tingkatan 1 zaman aku dulu !!

Oiii..susah giler. Aku yang selalu score A masa kat UiTM dulu pun bengap nak menjawab tau. 
Dan Ali Imran dapat A untuk Matematik dia. Tapi dua subject yang penting BM dan English tak 
dapat macam selalu A. Frust..tapi kolin akui kertas exam tu susah !!!

Pelik kenapa korang nak create paper susah-susah macam tu untuk budak 10 tahun.
Korang nak create generasi baru ni jadi generasi apa. Sedangkan hakikat kat luar
semua tu bukan pakai pun nanti. Apa kata teruskan yang lama dan basic sahaja. 
Tapi nak komplen pun nak pergi saluran mana kan. Kita bukan pandai sangat.

Balik pada Ali Imran Sazali,anak kebanggaan kami.
Tengahari Jumaat kolin dapat Whatsapp ini.


No. 5 dalam darjah uoollsss. Kembang kuncup hidung kolin dapat tahu tau. 
No. 5 di dalam kelas dan di dalam darjah seluruh sekolah. Top 5 in the school!

Inilah hadiah terbaik Ali Imran bagi mami tahun 2016 ini tau.
Korang tau apa dia nak sebagai balasan hasil usaha dia

"Mami, abang nak pergi main ice skating"

Well, boleh sangat-sangat. Why not, this is for you !!
Your reward. Keep up the good work Abang. Mami and papa so proud of you.

So nanti kolin update pasal ice skating lah pulak ye hahaha
Tahniah Ali Imran !!!

Semoga satu hari nanti abang baca celoteh Mami kat blog in buat kenang-kenangan. 
Baru lah ko tahu, mami ko bukan sahaja kuat membebel secara LIVE tapi 
secara BLOG juga hahahhahaha

Love,

Kolin Zainal 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar