Minggu, 17 April 2016

Wawa Zainal Duta Terbaru Galeri Tudung Hajra

assalammualaikum dan salam sejahtera

Berita baik untuk kawan-kawan semua yang suka nak cuba koleksi baru. Kini Galeri Tudung Hajra memberikan banyak pilihan bagi tudung dan hijab yang bersesuaian untuk kita semua.
 Inilah Duta terbaru mereka iaitu pelakon kecil molek Wawa Zainal. Comel kan!


 

 Galeri Tudung Hajra yang terletak di Bandar Baru Bangi telah berbesar hati mengadakan Sesi Meet & Greet Bersama Wawa Zainal pada hujung minggu yang lalu bagi memperkenalkan koleksi terbaru mereka. Semua harga jualan ada potongan harga tau, banyak sangat koleksi terbaru yang menampilkan selendang dua muka, instant shawl, long shawl, shawl butterfly dan berbagai lagi. 

Diskaun dan tawaran yang diberikan memang berbaloi, 3 helai untuk RM100 pun ada. Koleksi terbaru dari Galeri Tudung Hajra ini sememangnya menepati selera pengemar hijab masa kini.

Lebih banyak warna pastel dan lembut yang digunakan. Sesuai dengan Duta terbaru mereka iaitu Wawa Zainal yang lemah lembut dan comel. Warna-warna yang pasti korang semua tak boleh nak tolak nak cuba pakai. Lihat lah sendiri tudung-tudung yang digayakan oleh Wawa dan model tu. Semua lawa-lawa, tampil lembut dan tampak segar kan.


Ayna, Mieza, Wani, Nurfa dan Kolin

 Memang rambang mata kolin dan kawan-kawan lain nak pilih koleksi tudung yang ada. Terutama Instant Fathia yang memang menambat hati. Siap ada inner dan memang kemas sangat bila disarungkan. 
Harga yang ditawarkan pun berbaloi sangat dengan kualiti di Galeri Tudung Hajra. Terima kasih juga kepada Galeri Tudung Hajra yang menyediakan layanan terbaik buat semua pelanggan. Orang memang ramai, tapi korang jangan risau, pekerja di Galeri Tudung Hajra memang banyak membantu.


Sebelum shopping sempat kolin posing dalam kedai. 
  
Bagi semua yang nak shopping dan dapatkan potongan harga istimewa dari Galeri Tudung Hajra,
 jangan lepaskan peluang korang berjumpa dengan Wawa Zainal pada 23 April ini jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Manakala pada 30 April 2016 di Galeri Tudung Hajra yang terletak di Shah Alam yang belakang Jakel tu. 

Banyak hadiah misteri menanti anda dan potongan harga hebat tau. Boleh lah shopping untuk raya. Sebelum itu kolin jamu mata korang dulu lah. Silap-silap boleh selfie Wawa Zainal yang comel tu kan.
Ini antara seleksi terbaru dari Galeri Butik Hajra, koleksi Wawa Zainal.


Warna-warna ceria, yang ini tak perlu gosok pun. Siap untuk di sarung terus, 
senang kalau bersiap ke pejabat kan.


Yang ini selendang untuk tampil sedikit glamor. Diskaun dari RM105 kepada RM35 sahaja sehelai.


Gambar sebelah kiri tu, Instant Qalesya yang tak perlu digosok pun.
Dari RM68 untuk sehelai kepada RM39 sahaja sehelai tau.
Lagi jimat beli 3 helai dengan harga RM100 sahaja. 
Boleh lah beli untuk adik-beradik dan kawan-kawan kan.

Instant Lyla dan Instant Fathia pun menarik untuk korang cuba.
Yang bubble chiffon ada soft chiffon pun ada.. Koleksi dari Wawa Zainal ini banyak sangat pilihan sehinggakan Kolin pun dah tak tahu nak pilih yang mana satu. 
Semuanya praktikal dari tudung polos sehinggalah yang bercorak geometri, abstrak 
dan motif bunga pun ada. Tinggal nak pilih mana satu yang berkenan sahaja.

Kalaulah tak puas tengok gambar-gambar ini korang semua boleh lah
kilik dan layari laman web rasmi mereka iaitu Galeri Butik Hajra
Sekarang ada potongan harga istimewa untuk di order. Jangan habis nanti menyesal pulak. 
Atau lagi mudah layari laman media sosial mereka di  
 
kredit gambar kepada Facebok Galeri Tudung Hajra

Jangan lupa datang ke Galeri Tudung Hajra di Johor Bahru dan juga Shah Alam nanti.
Dengan potongan harga yang ditawarkan boleh juga kita berjimatkan. Yang penting kita tampil lawa dan menarik dengan koleksi tudung berbaloi dari Hajra. Kolin pasti korang akan jatuh cinta dengan koleksi mereka yang terbaru ini yang menampilkan Wawa Zainal.

Love, 

Kolin Zainal


Tidak ada komentar:

Posting Komentar