Kamis, 19 Mei 2016

Kalau dah jodoh !!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Memang jodoh kolin !!! Serius giler...
Nak angkut pindah pokok ni balik rumah bole takk...
Dah la rendang, tak tinggi, berbuah banyak-banyak..uwaaa satu penyeksaan bagi orang macam kolin yang suka makan mangga cicah-cicah ni wei...

Melalak tengok buah bergayut-gayut tu. 
Maklumlah orang bandorrr


Nampak tak berlambak-lambak bergayut buahnya kat pokok tu.
Pokok ni kolin fall in love dengan dia masa lawatan ke Melaka baru-baru ini di sebelah Asahan.
Alahai ..memang jodoh kita..tapi sayang semua buah masih kecik-kecik.
So jodoh kolin dengan pokok mangga yang ohsem ini berakhir di sini.

Uwaaaa...melalak hentak-hentak kaki...


Hatta muka dah besar periuk kan...mangga cicah-cicah tetap di hati.
Nak aje kolin pindahkan pokok mangga ini kat jinjang.
Duk bawah pokok, petik..potong-potong dan makan !!!

Jangan risau..kalau pokok ini pindah ke jinjang, i panggil korang semua berjemaah makan ye. 
Buat masa ini...bukan jodoh kolin lagi uuwwaaaa

Yang meratap hiba

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar