Senin, 30 Mei 2016

Ombong Salai di Batu 12, Hulu Langat

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin dan family ada urusan sikit hujung minggu lalu ke Hulu Langat. Bila dah selesai urusan, memang sengaja nak cari makan kawasan ini. Maklumlah Hulu Langat boleh dikatakan kawasan pelancong, sebab banyak tempat berkelah dan rekreasi kan. 

Ini salah satu pilihan makanan yang korang boleh pilih apabila lalu di kawasan ini. Iaitu masakan masak lemak cili padi dengan pelbagai juadah yang disalai "Ombong Salai"

Pemilik kedai makan ini sangat peramah dengan dialek Negeri Sembilan yang pekat. Korang memang macam rasa makan kat rumah. Pilihan lauk tak lah banyak, tapi sesuai lah dengan keadaan kedai pakcik ini yang sederhana. Ada daging salai dengan rebung, ikan keli salai dengan daun pucuk ubi dan itik salai. Semua ini dimasak lemak cili api. Tahap kepedasan sederhana sahaja. Mungkin dah dikurangkan mengikut rasa masyarakat setempat kut. Sebab kalau ikut orang negeri memang pedas melampau-lampau kan. 
Bila sampai di area Taman Nanding Batu 12 Hulu Langat, pastikan kereta diperlahankan. Ianya di bahu jalan sahaja..dibawah pokok-pokok. 



Beginilah cara mereka salai semua yang ada. Memang wangi sangat apabila datang ke kedai ini. 
Bau salai menyusuk-nyusuk sedap sangat bau nya tau.



Sederhana saja kedai makan ini. Memang macam berada kat kedai makan kampung sahaja.
Kalau ke sini air suam dan air sirap boleh diminum secara percuma.
Tapi ada juga Cendol Pilah kalau nak kelainan. Selalu makan cendol mamak kan, kali ini korang boleh cuba Cendol Pilah pula. Mana tau rasa lain sikit kan...

Tibalah masanya kami memilih lauk. Hubby ambil daging salai dan campur dengan nasi putih.
Untuk kolin dan anak-anak kami ambil masak lemak itik salai dan keli salai. 




Semua tu termasuk nasi tambah untuk 4 orang makan tak lebih RM30 pun. Kolin siap beli daging salai setengah kilo untuk dibawa balik. Untuk stok berpuasa kan. Daging salai tu balik hiris-hiris dan simpan. 
Nanti boleh campur dengan cendawan sisir masak lemak, serai biar berlebih-lebih baru sedap heheh..

Siapa yang nak pergi cuba makan sebelum berpuasa ini  sempat lagi tau.
Nak beli itik, keli, daging atau puyuh salai pun boleh kalau nak simpan buat lauk berbuka. 
Pastinya lauk pauk kampung sangat istimewa di waktu berbuka kan..

Selamat cuba dan jangan lupa singgah Ombong Salai di Batu 12 Hulu Langat ok.


Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar