Jumat, 27 Mei 2016

Pertama kali derma darah

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kolin dedulu pernah kena denggi tau. Sampai platlet 1 !! Ikutkan masa tu memang umur tak panjang. Tapi kuasa Yang Esa kolin masih bernafas sampai hari ini. 

Disebabkan itu, kolin teringin nak derma darah. Sebab dedulu kolin pernah terima platlet orang lain.
Time to give back !!


Bertempat di pejabat kolin aje. Memula isi borang dan serahkan IC. Masa tu ada pegawai perubatan akan lihat tahap kesihatan kita, tidur cukup atau tidak sebelum menderma. Alhamdulillah kolin pass ujian tu. Dan korang perlu tahu, lepas derma darah, 3 bulan lepas tu baru boleh derma lagi. So jangan minggu ini derma, minggu depan pergi derma lagi pulak ye.


Cucuk lah darah sikit nak kenal pasti darah jenis apa. Macam kolin darah O. Timbang berat dan ada lah sikit sikit soalan yang akan pegawai perubatan tu tanya.

Lepas itu baring dan bermula la sesi derma darah. Tak ada apa pun rupanya. Hanya 10 minit masa yang diperlukan untuk satu beg darah tu. Yeayyy kolin dah derma



Habis derma, dapat air kotak coklat dan biskut. Happy tak??!!

Semoga ini bukan Kali pertama dan terakhir kolin derma darah. Buat yang tak pernah Cuba tu. Cuba lah nanti



Tak sakit pun weiii

Love

Kolin zainal



Tidak ada komentar:

Posting Komentar