Senin, 23 Mei 2016

Terima kasih DMFK !!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya dah lama minat nak dengar ceramah dari Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah ini. Nak dijadikan rezeki, kolin dapat hadir ke salah satu seminar masa minggu setiausaha tu kat SACC Shah Alam.
Teruja sangat dapat berjumpa dengan tokoh ilmuwan yang tidak pernah lokek ilmu. 


Kelakar dan banyak pengisian yang kolin dpat sepanjang 1-2 jam ceramah yang beliau jalankan. Tapi malangnya kolin tak dapat berborak dengan. Dato'.  Bab tu rasa macam kecewa sikit... heheheh


tangkap gamba pun ramai-ramai. Sorry lah table siapa lah ini. Tak kenal sorang pun dalam gambar ini hahaha. Ini sebab Dato' pun cepat, kami semua pun dah teruja nak bergambar dengan Dato'. Selain kehadiran Dato' ada juga Angah Raja Lawak dan Nabil yang menghiburkan tengahari kami ini.

Cuma satu perkara kolin tak puas hati !!! Sebab setiap kali DMFK berinteraksi dengan peserta dia baca nama, karektar dan sikap seseorang. Kolin terlepas peluang itu. 

tapi tetap nak cuba nasib dengan PM Inbox, DMFK. 
Mana tahu ada luck kan hehhehe
Ternyata DMFK melayan dan menjawab, walaupun mula ayat tu dah mention dia bukan ustaz 
dan tak faham bahasa arab. Tapi dia tafsir nama tengah AZLIN, tu dah cukup membahagiakan !!!

Terima kasih DMFK !!!


Nampak takkkkk...jawapan yang sangat mengembirakan hati kolin 

AZLIN 
yang kuat & yang lengkap / sempurna

Siap pesan lagi, 
Moga u ransang hidup agar gigih dan cari kesempurnaan dalam setiap tindakan. 

Gembira sangat kolin DMFK !!!!
Semoga Dato' dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Susah nak berjumpa orang hebat macam Dato', tapi kolin bersyukur dapat jua berjumpa walaupun tak lama. 


Semoga ada rezeki kolin lagi jumpa DMFK yaa...doakan kawan-kawan sekalian.
Pesan DMFK, doa kawan-kawan makbul *peace*

Love, 

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar