Rabu, 29 Juni 2016

Hati kita gembira ~

assalammualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih sebab ajar anak-anak saya cikgu !!!
Alhamdulillah Ali Imran dan Alisa Maisara cemerlang di kedua-dua sekolah.
Samada Sekolah Kebangsaan atau pun Sekolah Agama.
Seronok aje pergi ambil report kad jumpa cikgu kan.

Ali Imran dapat tempat kedua keseluruhan sekolah untuk darjah 4. Semoga abang terus cemerlang 
dan berjaya ya abang. Sorry lah lama tak bagi abang update blog abang. 
Buat korang yang nak baca apa kid blogger ini tulis
boleh lah terjah blog dia www.imranbercerita.blogspot.com

Kat sekolah agama abang Ali Imran dapat no 4. dalam kelas. Alhamdulillah.

Alisa pun tak kurang nak bersaing. Disebabkan dia sekolah aliran mandarin agak payah sikit lah. 
Semua matapelajaran satu aje B dia dapat, tapi no 13. Sebab susah kan. 
Tapi cikgu kelas cakap 'she is the best malay student in my class'
lagi best 'alisa can speak mandarin fluently'... 

Di sekolah agama Alisa dapat No. 6..syukur Alhamdulillah

Mami sengih lebar sangat hari tu.
Terima kasih anak-anak buat papa dan mami gembira tau.
Seronok sangat...teruja nak tengok apa ada untuk masa depan 

Terima kasih cikgu !
Terima kasih anak-anak mamy Ali dan Alisa !
Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk kolin sekeluarga. 

Share ini dalam blog sebab ini berita gembira sangat wei...
Walau bukan no. 1, tapi dah happy sangat..
Buat semua yang anak cemerlang atau kurang cemerlang tu tahniah korang.
Takpe kalau dapat kurang, nanti kita cuba lagi ye..



Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar