Kamis, 16 Juni 2016

Jom Buka Puasa di Pretz n' Beanz Cafe di Bangsar

asssalammualaikum dan salam sejahtera

Kepada yang suka nak cuba makan di tempat baru, boleh lah cuba makan di Pretz n' Beanz Cafe yang terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar. Ada pelbagai makanan timur dan barat untuk korang cuba. Yang penting selesa dan bersih. Percaya lah cakap kolin, memang bersih. Siap dekorasi yang sangat fresh tau. 


Kunjungan kolin dan keluarga kali ini untuk mencuba menu dan berbuka puasa di sini. Ada pakej Jom Buka Puasa RM38 tau. Order apa sahaja dari menu ala carte mereka, yang penting makanan tu kenalah habis. Kalau membazir mereka akan caj RM5 setiap 100 gram. Bagi kolin sangat adil !! So jangan berbuka puasa tamak-tamak sampai tak habis makanan yang kita order tu. Contoh nak makan spaghetti dulu, dah habis dan masih belum kenyang, boleh lah order pizza atau pretzel mereka. Pastikan habis ok. 

Dengan RM38 sahaja anda boleh order apa sahaja dari menu ala carte, manakala air bandung, honey lime atau teh lemon ais diberikan secara percuma dan boleh ditambah lagi kalau mahu. Dapat kek percuma sebagai pencuci mulut tau. Murah dan berbaloi kan...kalau sesak dalam kenderaan tu. Dah hampir berbuka boleh lah singgah di Jalan Telawi Dua, Pretz n' Beanz Cafe




Inilah wajah-wajah yang dah tak sabar nak cuba juadah di sini. Jom kita tengok apa yang ada untuk juadah berbuka puasa di sini. Ingat hanya RM38 sahaja tau !!! Tak boleh la share, kalau datang dua orang maknanya RM38 x 2 orang tau. Tapi bagi kolin still murah dan berbaloi. 

Chocolate Cookie Crunch with Chocolate Dip Sauce

Seaweed Pretzel

Aglio Olio Mushroom Spaghetti



 Aglio Olio Prawn Spaghetti

 Tower Chicken Burger

 Pepperoni Beef Pizza

 Fish & Chips
 Aglio Olio Salmon Spaghetti

 Nasi Briyani Daging

 Garlic Bread With Mushroom Soup

Assam Pedas Fish

Selain air yang Free Flow tu korang boleh juga try juice dan ice blended kat sini.
Banyak sangat dalam menu, tapi sempat kolin try yang ini sahaja. 
 Apple Juice
 Watermelon Juice
Cookies n Creme with Topping Cream

Nampak tak semua selection yang kami order. 
Sedap kan. Yang penting anak-anak kecil pun suka makan di sini. 
Keadaan sangat selesa sesuai untuk seisi keluarga tau. 
Terima kasih Pretz n' Bean Cafe sebab menjemput kami berbuka puasa di sini.


Lihat lah hubby dan anak-anak enjoy gila berbuka kat sini tau.



Jangan lupa datang dan cuba berbuka di sini tau !!
Murah sahaja RM38 untuk seorang. Order sahaja apa yang nak makan. 
Cuma ingat...JANGAN MEMBAZIR tau..

Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar