Selasa, 26 Juli 2016

I love Wedding !!!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Gembira rasanya dapat jadi sebahagian dari hari bahagia ex-bos kolin ini. Dari 2008 till to date, kolin dan Pn. Azizah masih berhubung. Kolin pun dah anggap Puan macam family. A lots of things we share together. Seorang yang merendah diri dan penyayang sangat pada kolin. 

So now dah tiba masanya meraikan cinta buat Dr. Fathi dan Dr. Ainaa
I love wedding, semua cantik, semua wangi. Everybody smiling yeay





Alhamdulillah, kolin diberikan tugasan untuk menjadi urusetia untuk majlis perkahwinan yang gilang gemilang ini. Sangat bertuah ada team urusetia yang best. Samada dari kawan-kawan puan, sedara mara, keluarga dari pihak keluarga pegantin dan juga semua yang ada. Kolin best sangat dapat wat keje dengan laju. 
Semua bagi kerjasama, walau kolin bukan lah dari kalangan keluarga mereka. 

Semoga semua tetamu yang hadir pun puas hati atas layanan kami yang mewakili tuan rumah.  
Ada terkurang mohon maaf ye.


Inilah ex boss kolin, Puan Azizah Yusof. 
Comel kan !! 

Ini Sufia Hafizah ...sekali lepak dengan makcik ini memang banyak gosip kami cerita. 
Dari satu office, sampai lah sekarang selalu berwasap dan call.
Ada sahaja cerita kami berdua. Antara kawan baik yang kolin ada dia ni lah.
Adik beradik lain mak bapak hahahha

Ini pula yang pernah sama-sama bekerja di bawah pengurusan Puan Azizah.
Dah macam reunion pun ada juga. Masing-masing dapat juga melepak dan mengusik. Rindu sangat zaman-zaman kami sama-sama mengila. Betul la kata puan..majlis ini dah macam mini reunion.

Dan yang ini Hadi, 'Crime Partner' aku masa kerja dengan Puan dulu hahaha
aku ni PA dan dia Driver Pengarah.
Memang kami berdua selalu kerjasama dan ngam gila dalam menguruskan kerja seharian. 

Terima kasih Hadi...so happy to see you !!!
Kadang-kadang aje kita jumpa orang boleh ngam dengan kita.
Tu kalau dah jumpa, memang boleh mereng sesama hahahhahaha
Hadi ini dah macam adik aku dah, muda lagi, solo. Siapa yang berminat boleh email akak ye. 

Nampak tak kalau ajak wefie memasing happy kemain hahhaha


Inilah dia keluarga pegantin. Tahniah Dr. Adnan dan juga Puan Azizah. 
Semoga dapat cucu cepat-cepat ya. Kolin beruntung dan berbesar hati dapat bantu Puan dan Dr. dalam menyambut hari yang gembira ini. Terima kasih banyak-banyak. 

Sepanjang kolin kerja ni, tak lah banyak sangat bos yang pernah kolin kerja. Sebab selalu kerja di satu-satu tempat agak lama. Pertama Allahyarham Tan Sri H.M Shah dan Datin Sarina. Alhamdulillah sampai sekarang kolin masih baik lagi walau Tan Sri dah tiada. Kalau jumpa Datin Sarina tu memang peluk cium lah. Antara bos yang baik masa mula-mula kolin mula bekerja pada tahun 2001 selepas grad dulu. 

Arwah dan Puan Sri Datin Sarina Shah memang banyak mengajar kolin. Sebagai pembantu kepada mereka atau lebih tepat Setiausaha memang sangat menjaga kolin.

Selepas itu 2004 sehingga 2008 kolin bekerja di syarikat developer dan pembinaan. Bos kolin nama Yap Soon Thai. Sampai sekarang masih wish selamat hari raya dan happy birthday !! Sapa tak ingat birthday kolin memang pelupa. Kolin lahir hari kebangsaan lah 31 ogos. Sedih tau kalau tak ingat. Hatta kolin dah bertukar  hp banyak kali, nombor dia pun kolin dah hilang. Still wish jugak !!!!


Sepanjang kerja pun memang best, bos yang pernah bagi minyak wangi Estee Lauder, Angpau dan banyak lagi lah. Memang antara bos terbaik yang kolin pernah bekerja. Tapi bila bos baik kita pun baik lah jugak.

Kemudian 2008 sehingga 2010 kolin mulai bekerja dengan Pn. Azizah.
Seorang yang sangat tegas dan teliti. Tapi totally I am happy.
Sebab dia sangat menjaga kolin sebagai PA. Tak berat sebelah dan sentiasa menegur kalau kolin salah. 
Mana nak jumpa boss-boss baik macam ini kan. Setakat ini memang ini antara bos yang pernah kolin kerja. Dan sebagai PA kolin sayang betul dengan mereka ini. Bos baik, PA akan baik. 

Tu lah pernah wujud ayat ini
"Don't Mess with PA"

Sapa faham...faham lah...so kalau adalah antara pembaca blog kolin ini seorang bos. 
Hargailah kakitangan bawahan anda, tegurlah dan jangan lah ada sikap pilih kasih. 
Buanglah perangai makan bodek-bodek sesetengah pekerja tu. Nilai lah pekerja anda dari kerja yang mereka buat. Kolin dah kerja dengan bos yang ada sikap macam ni. Percayalah, nothing good happened after we are not working together anymore. 

Maaf sudah, melupakan memang payah !!!
I always have a good boss..always !!!!! But once terkena..ingat sampai mati. 
Boss lebih baik tegur direct PA awak, dari senyum-senyum depan dan belakang buat macam-macam.
Jangan lah, please all bosses jangan buat macam tu. Berbincang ok ! Sayang lah PA tu dan percayalah PA u akan jaga you macam KING !

Last but not least...
Selamat pengantin baru Dr. Fathi dan Dr. Ainaa

Love, 

Kolin Zainal




Tidak ada komentar:

Posting Komentar