Senin, 18 Juli 2016

Masakan simple cik kolin

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selalu sangat kolin share masakan kulat ini kan. Sebab aku ada kawan yang supply kulat atau cendawan sisir ni kat office. So selalu order terus RM50 sebab simpan aje. Nak makan lauk kampung tu, keluarkan dan masak sahaja. Sedap tau, siapa yang tak pernah cuba tu rugi sangat hidup dia.

Selalu kolin share masak lemak cili padi dengan ikan bilis. Disebabkan baru balik dari kampung hari tu, terasa lapar giler masak yang simple sudah lah kan. Lagipun dah jemu makan ketupat rendang. 

Masak nasi panas-panas, ada sardin, ikan kembung goreng dan cendawan sisir tumis ini dah cukup menyelerakan. Untung ko tau !!! Orang sebelah masak tulang hari-hari wat sup !!!
Aku masak sardin tau..untung sangat hehehehhehe


Inilah dia lauk serba sederhana. Tapi nasi habis, lauk habis, satu rumah happy dan boleh tidur dengan tenang. Maklumlah sesekali chef masuk dapur setelah sebulan berpuasa tu memang tak sempat sangat nak masak.

Ini dia resipi simple cendawan sisir tumis:


Bahan untuk menumis:

Bawang besar 1-2 biji - dihiris
cili besar merah - di hiris
cili padi - dihiris
kunyit hidup - dihiris
halia - dihiris
serai- dihiris
daun kunyit - di hiris

Basuh cendawan dengan garam dan tapis sebelum memasak cendawan sisir ni

secukup garam untuk perasa
minyak untuk menumis

Cara nak masak:

Panaskan minyak dalam kuali
masukkan semua bahan hirisan, tumis sehingga naik bau
Masukkan semua cendawan sisir dan tunggu sehingga layu atau benar-benar masak
tutup api, masukkan garam dan gaul rata

Siap untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta

Siapa tak faham resipi ngok ngek ini sila komen di bawah.
Cik Kolin buat video DEMO lain kali hahahhaha

Selamat memasak uoollsss


Love, 

Kolin Zainal

p/s: pageview saya dah 10k dah. Terima kasih 'stalker'

Tidak ada komentar:

Posting Komentar