Senin, 08 Agustus 2016

Blogger aje pun !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa propa sangat tak tajuk entri kolin kali ini. Kepada semua pengunjung blog kolin yang sendu ini, percayalah korang pun boleh jadi blogger. Sangat mudah, daftar sahaja di blogspot, create nama blog dan mula lah menulis. Menulis lah pasal kehidupan, keseronokan, kesedihan atau apa saja yang korang mahu.

Baru-baru ini ada satu entri mengenai vacation yang kolin ada share dalam blog. Well, nama pun vacation bukan kolin di upah menulis pun pasal tempat tu. So kolin tulis ikut naluri dan pengalaman. Tak sangka tempat tu rupanya jadi tumpuan selepas entri itu naik.

Nak kata ada silap kolin, memang ada bila ada gambar yang tidak sepatutnya dalam blog. Kolin di tegur dan gambar tu terus kolin remove. Tapi kalau ada sedikit maklumat dalam blog tu, jangan lah ingat kami ni blogger memandai pun. Kami rujuk website yang ada. Dan kalau ada pertukaran selepas entri dimuat naik. Salah ke blogger??

Kolin buat 'homework' sebelum bagi segala informasi kepada orang yang nak bercuti di situ. So salah ker blogger share? Blogger aje pun !!!!

Nama pun pergi bercuti, saya tidak diberikan press realease, saya tidak mendapat apa-apa bayaran atau imbuhan pun, jadi kolin tulis ikut pengalaman yang ada. 
Kepada orang yang tersinggung tu, kolin minta maaf. Tapi kalau nak lebih bagus, betulkan pada bahagian penempahan tu. Saya BLOGGER cuma share pengalaman saya sahaja. 

Pelik bila orang pandang serong sangat apabila blogger share satu pengalaman. 
Macam kolin cakap, korang pun boleh kalau nak berkongsi. Tiada niat lain untuk kolin berkongsi, hanya nak beri panduan kepada orang lain sekiranya ada yang ingin ke tempat itu. 

Dan tidak semestinya semua pembaca akan percaya bulat-bulat tulisan blogger. Banyak lagi sumber lagi orang ramai boleh pilih kalau nak cari maklumat. Again, Blogger Aje Pun !!!


Love,

Blogger aje pun !!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar