Senin, 12 September 2016

DASHING jenama untuk lelaki di Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa tak kenal jenama DASHING kan. Kebanyakkan lelaki di Malaysia wangian atau deodrant pertama mereka mesti DASHING. Jenama yang memang popular di Malaysia kini telah melancarkan satu lagi rangkaian baru iaitu DASHING ADVENTURE 2.0 untuk semua penguna setia DASHING. 


Kenapa DASHING ADVENTURE 2.0? Inovasi terulung yang pertama di Malaysia ini dihasilkan untuk lelaki yang lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu. Kalau nak tahu ini lah ciri-ciri lelaki yang akan suka dengan inovasi terbaru dari DASHING ini. Sebagai satu jenama yang melambangkan gaya santai, gaya hidup yang menyeronokkan dan keyakinan yang tinggi. DASHING sentiasa menjadi sebahagian dari gaya hidup lelaki Malaysia. Pengeluar pelbagai dandanan lengkap bagi lelaki ini sememangnya pakar dalam menghasilkan produk yang tebaik untuk semua lelaki di Malaysia. 

Ada dua haruman dari DASHING ADVENTURER 2.0 ini.



BOLD 2.0 

haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik sememangnya sesuai untuk lelaki lasak. Lapisan hijau segar dentan ota alami yang terbit dari aroma Pathchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikan baunya lebih maskulin. Pendek kata Bold 2.0 sesuai untuk para lelaki yang inginkan kembara berterusan dalam hidup mereka. Wangian ini tahan lama dan jangan risau lah kalau pakai untuk sepanjang hari untuk aktiviti di luar. 

EDGE 2.0
  
Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan lagi sifat woody dalam wangian Edge 2.0. Sesuai untuk lelaki yang merasakan setiap hari adalah cabaran baru bagi mereka. Bau yang lebih bagus untuk mood seharian yang inginkan lebih banyak cabaran. 
Bukan hanya wangian badan, malah Bold 2.0 dan Edge 2.0 menghasilkan deodoran semburan 'NO GAS' yang pertama di Malaysia. Isinya yang padu dan boleh bertahan pengunaan nya selama dua bulan tau. 
Jimat sangat sebab deodran tiada GAS ini hanya dijual pada harga RM18.90 sahaja. 



Berbeza dengan deodran semburan sebelum ini yang hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja. Yang ini mengandungi pati deodran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol jadinya memang boleh tahan sehingga 2 bulan lah kan. Jimat besar kalau korang beli kan yang ini untuk suami korang. Kiranya sebulan sekali aje belikan. Bajet hebat kan. 

Lagi bagus, teknologi pengeringan segera dan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan tu. Dan dapat elakkan pertumbuhan bakteria dan rasa segar aje sepanjang hari kalau sibuk bekerja di luar ataupun di dalam pejabat. Wangi aje tau !! Kolin tak lah pakai, tapi suami yang pakai.
Memang wangi dan bau pun tak keras sangat. Sesuai aje ..


Suami kolin dah cuba pun rangkaian yang ini. Kalau nak tahu, bagaimana bau dan tahan lama atau tidak, korang sendiri kena dapatkan di pasaraya yang berdekat. Tentang harga pula jangan risau, sebab ianya mampu milik tau ! Nak buat hantaran dan hadiah hari lahir pun boleh.

Siap ada dua jenis deodran yang tradisional dan juga semburan NO GAS. Siap sekali minyak wangi untuk kaum lelaki sentiasa wangi dan bau segar.


Packaging atau bungkusan pun lawa sangat untuk korang beli dan jadikan hadiah.
Dapatkan rangkaian terbaru DASHING jenama No. 1 untuk lelaki di Malaysia.

Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar