Kamis, 29 September 2016

Happy 12th Anniversary to us !!

assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih tak terhingga atas semua ucapan selamat hari lahir dan selamat ulangtahun perkahwinan kolin yang ke 12 tahun. Alhamdulillah, bukan senang nak harung semua ini kan. Semua nya atas doa korang jua dan restu dari mak ayah kami berdua.


Ucapan terima kasih kepada mama yang melahirkan kolin ke dunia ini dengan tarikh yang cukup istimewa 31 Ogos 1980. Terima kasih ya Tuhan ku, kerana berikan mama yang sangat-sangat kolin hargai ini. Tak pernah menyesal pun nak bertukar dengan mama yang lain atau apa pun. Pada kolin, mama kolin amat memahami, never judge me. She always there when i need someone to talk. Senantiasa berikan sokongan atas apa jua yang kolin nak buat. Tak pernah memaksa, tak pernah meminta. Ya Allah, terima kasih, aku bersyukur sehingga menits air mata kala menulis entri kali ini. 31 Ogos 2016, genap kolin 36 tahun bernafas.
Terima kasih mama, Puan Fatimah Bibi Binti Noor Muhammad.


Genap 12 tahun perkahwinan, sekarang ada 2 orang cahayamata. Doakan lah yang no 3 coming soon ya. Insya Allah kita usahakan hahahahhaha. Sempat kami buat ala-ala bergambar kat taman. Tapi pakai kamera biasa dan photographer kami Alisa Maisara. Jadilah kan ! Nak upah photographer professional tiada bajet. Kita guna pakai sahaja lah sesiapa yang ada.

us ...for 12 years ...

my cute photographer of the day

Inilah imam-imam saya... Abaikan Ali Imran.
Sekarang memang suka tangkap gambar dengan muka pelik-pelik

Our 1st pose ...not bad hah!!

2nd pose


Ok..ini pose terakhir kolin share hahahaha. Takut ada yang muntah darah pulak kan.
Bukan nak menunjuk kebahagian yang kami ada, cuma nak berkongsi. Mana tahu semua entri yang kolin muat naik di alialisakreatif ini menjadi satu kenang-kenangan untuk anak cucu kami kelak.

Terima kasih atas semua ucapan dan kasih sayang korang. Kolin hargai sangat-sangat.
Still counting...kita doakan yang baik-baik ok.


Terima kasih membaca entri kolin yang emosional ini !!!

Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar