Selasa, 06 September 2016

Jom lunch ala 'A Taste of North India' hanya di Pearl International Hotel Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat yang masih mencari-cari nak makan lunch hari ini kat mana, kolin nak cadangkan satu tempat. Cafe 5 di aras 5, Pearl Hotel International Kuala Lumpur memang sesuai. Untuk bulan September 2016, Cafe 5 menawarkan masakan 'A Taste of North India' bersama dengan semi buffet untuk weekdays pada harga yang cukup berbaloi iaitu RM19.90+ untuk seorang. 

 
Chef yang dibawakan khas iaitu Chef J. Narahari dari Delhi, India menjadikan masakan ini terlalu unik dan asli untuk kita semua nikmati. Sebelum kolin bawakan anda ke hidangan utama, apa kata korang cuba dahulu pembuka selera, sup dan salad yang disediakan di ruang buffet di Cafe 5. 

Mango Chutney adalah satu hidangan yang perlu korang cuba bersama 3 hidangan utama di sini. Semi-buffet juga ada hidangkan kek, jelly dan juga buah-buahan bagi mereka yang suka manisan selepas makan.  Buat yang suka buat perbincangan over the lunch, Cafe 5, Pearl International Hotel ini adalah paling sesuai. Suasana yang lebih korporat dan bagus untuk perbincangan secara formal atau informal. Dapat pula makan lunch istimewa, mungkin perbincangan lebih bermakna kan. 

Tender Tandoori Chicken Sered with fresh Naan Bread and condiments

Hidangan yang cukup menyelerakan ini ada Roti Naan dan juga ayam Tandoori. Nampak tak keliling hidangan itu ada pelbagai perisa dan sos boleh kita cuba. Hidangan ini besar tau, nampak aje dalam gambar macam kecik kan. Sebenarnya kolin sendiri terpaksa berkongsi kalau pesan hidangan yang ini. Cukup berkhasiat dan kenyang. Rasai perapan ayam tandoori yang begitu sedap. Tak terlalu pedas dan berempah. Roti Naan yang dihidangkan pun lembut sangat walaupun dibiarkan lama. Nipis dan tidak tebal. Sesuai untuk orang yang nak menjaga badan, tapi still nak makan lunch kan. 

Kingly Kaadai Panner Masala (Cottage Cheese) served with condiments

Ini pula buat sesiapa yang nak cuba sesuatu yang baru. Ini lah pertama kali kolin cuba makan Cottage Cheese ni. Tak sangka sedap sangat !!!! Makan bersama Roti Naan yang lembut ini memang sedap. Kalau korang nak elakkan protein tu kan asyik makan ayam sahaja kan. Boleh lah cuba hidangan yang ini. Sekali sekala try lah makan masakan dari Negara lain pulak. Mana tahu esok lusa kita pergi India, dah pandai makan kan. Sedap dan murah pulak tu. 

Hidangan yang terakhir ini memang kolin sokong untuk korang cuba iaitu 
Legendary Lamb Briyani served with condiments

Nasi berasa, daging kambing yang lembut dan berperisa, sure kalau korang datang sekali cuba. Mesti nak datang lagi untuk Briyani Kambing yang sedap macam ini. Sesuai sangat untuk peminat Nasi Briyani datang cuba ok. Murah aje RM19.90+, tapi hari biasa tau. Hujung minggu takde promosi ini. Nak tempah atau pertanyaan korang call 037983111 ext 3205. 

Selain 3 hidangan ini, korang boleh cuba makan juga semi-buffet yang ada. Banyak pilihan untuk korang pilih. Semua sedap dan tidak mengecewakan. Suasana Cafe 5 juga cukup menenangkan tau. Cuba datang dahulu dan share pengalaman anda bersantap kat sini ok.


Jangan lupa cuba juga minuman yang sungguh menyegarkan ini ok.
Ada serai, halia dan sedikit madu kalau tak silap kolin. Kolin suka sebab tak kuat sangat rasa serainya.
Mana tahu boleh tolong detox selepas makan banyak-banyak kan hehehe
Sedap dan sangat menyegarkan tau. 


Semua promosi ini akan tamat pada hujung September 2016 tau. Mana lagi nak dapat hidangan yang sedap dan berbaloi macam ini. Hanya RM19.90+ hidangan makan tengahari anda cukup sedap dan menyelerakan. Ada 3 hidangan utama yang boleh korang pilih dan siap ada semi-buffet lagi. Murah benar.

Rasakan kelainan dan keaslian masakan utara India. Sesekali beralih selera dan keluar dari kebiasaan kan best. Jom makan lunch jom !!! Kita lunch di Cafe 5, Pearl International Hotel, Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama tu. Sedap dan bernilai untuk wang anda.


Nampak tak besar mana hidangan kat sini. Besar kan!! Percayalah cakap kolin, korang cuba datang sini dan lihat sendiri saiz hidangan yang ada. Sure berbaloi dengan RM19.90+ yang korang belanjakan tu.

Dekat aje...singgah Cafe 5, Pearl International Hotel, Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Rasai pengalaman 'A Taste of North India' dan share dengan yang tersayang tau.

Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar