Kamis, 08 September 2016

Nestle BLISS GO minuman berkhasiat untuk kanak-kanak membesar

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang selalu minum minuman Yogurt BLISS dari Nestle kini dah boleh tepuk tangan lah. Sebab minuman yogurt kegemaran keluarga di Malaysia kini telah melancarkan Nestle BLISS GO iaitu minuman sedia untuk diminum yang lazat dan berkhasiat untuk pembesaran kanak-kanak. 


Semua ibubapa pasti akan risau dan memikirkan apa yang anak-anak kita makan hari-hari kan. 
Kolin pun tak terkecuali dalam hal ini. Memang suka sangat apabila BLISS GO dilancarkan. Sebab minuman BLISS GO dapat membantu penghadaman anak-anak kita. 

Dua perisa kegemaran iaitu ada anggur dan juga strawberi. Nestle BLISS GO diperkaya dengan pelbagai khasiat, seperti inulin, iaitu sejenis prebiotik yang merupakan makanan untuk pertumbuhan bakteria baik-diusus kita. Vitamin C pula mengalakkan penyerapan zat besi daripada makanan. Kalsium untuk mengalakkan pembesaran tulang dan gigi yang kuat.

Ini merupakan ramuan 3 dalam 1 yang dipek khas ke dalam Nestle BLISS GO tau. Menarik atau tidak minuman ini boleh diminum sejuk atau pun tidak sejuk. Dalam kotak yang kecil, boleh kita bagi anak-anak untuk sarapan pagi setiap hari bagi mengekalkan badan dengan nutrien yang sepatutnya. 

En. Wilfrid Foo, Pengurus Eksekutif Perniagaan Produk Tenusu Dingin Nestle Malaysia, menegaskan sistem penghadaman yang sihat sepatutnya bermula dari kecil. Ianya dapat mencegah penyakit seperti obesiti, alergi, kekurangan zat dan selainnya. 


Terus-terang sebagai ibubapa, kita memang tak boleh nak bersama anak 24 jam. Bila kita kerja, anak pula bersekolah atau berada bersama pengasuh. Inilah antara penyelesaian untuk ibubapa moden masa kini. Dapatkan BLISS GO dan berikan kepada yang tersayang untuk menjaga kesihatan mereka. Kita pun orang dewasa boleh minum juga. 

Semasa pelancaran Nestle BLISS GO baru-baru ini. Tiga personalliti bergelar ibu hadir sama bagi berkongsi pendapat mereka mengenai produk ini. Dynas, Daphne dan juga Yasmin Hani turut memberikan persetujuan mereka terhadap produk BLISS GO yang sememangnya bagus untuk kanak-kanak.
Tengok lah siap minum lagi masa kat event, tu tandanya sedap tau.

Kolin sempat lah bergambar dengan semua hot mama yang ada kat event BLISS GO ni.
Kagum dah beranak pinak still lawa lagi tau. Terima kasih Daphne, Dynas dan Yasmin Hani sebab sudi melayan kolin yang kunun Blogger ini bergambar hehehehhe...



 Dapatkan cepat-cepat korang semua. Rugi kalau tak cuba !! Bukan anak sahaja boleh minum, kita yang asyik bekerja tak ingat dunia pun boleh juga.
 kalau nak tahu sekarang ada promosi di AEON BIG yang berdekatan.
Murah sangat dah tu kan...

Lebih banyak info kat sini :

www.facebook.com/NestleBliss/
www.nestle.com.my/brands/chilled-dairy

Jangan lupa beli dan cuba bagi kat anak-anak kita. Sebarkan benda yang baik untuk kesihatan bersama.
Terima kasih atas jemputan Nestle Malaysia !

Love,

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar