Selasa, 27 September 2016

Sarapan pagi lebih berkhasiat dengan FRUTZEE BY NUTRIO MALAYSIA

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebagai seorang ibu, confirm kolin akan mencari apa yang bagus untuk anak-anak kan. Lagi satu nak yang mudah dan kalau boleh nak yang mendatangkan kesihatan yang lebih baik kepada keluarga. Kolin diperkenalkan dengan FRUTZEE. Mesti ramai macam terkebil-kebil apa itu Frutzee kan. Frutzee bukanlah macam bijirin sarapan pagi yang biasa korang makan tu. Ini lain sikit tau.

Frutzee Freeze Dried adalah buah-buahan asli yang mengunakan kaedah 'freezing' dan 'vacumm'. Ianya untuk menghidrasi buah-buahan tersebut dan tetap mengekalkan kebaikan nutrisi, warna dan rasa buah-buahan yang disejuk kering ini. 


Setiap kotak mempunyai 4 paket tau. Kolin dapat cuba Apple, Grapes, Berry dan juga Banana. Kotak comel dan kecil sesuai juga kalau korang nak bawak travel. Frutzee boleh dimakan kering begitu sahaja sebagai snek ataupun korang boleh campur dengan susu segar sahaja. Lagi kreatif, boleh diselitkan di dalam sandwich sebagai perasa tambahan dalam sarapan kita. Bukan anak-anak sahaja yang suka, orang dewasa pun suka tau. Sebab kemanisan segar buah-buahan masih ada rasa lagi. Nak tahu rasa, kena lah cuba kan.


Inilah proses bagaimana Frutzee dihasilkan buat makluman korang. Nak tengok kan macam mana produk ini. Sebenarnya sama aje rupa bentuk buah yang segar tau.


Ok kali ini kita close up sedikit ok.


Yang pink adalah berry, sebelah dia pisang, anggur dan akhir sekali bahagian bawah apple. 
Inilah rupa buah-buahan segar yang di sejuk beku dan di vakumkan. Semua ini boleh dimasukkan di dalam sup, puri, salad, yogurt, cereal, topping, party snak ataupun makan sahaja bila-bila masa korang suka.

100% asli, tiada gluten, tiada pengawet dan paling penting tiada GULA TAMBAHAN. 
Kalau kolin, itu yang paling kolin tengok sekarang. No more sugar added untuk anak-anak. 


tengok pada packaging dia pun dah tahu 'air tight'. So semua fresh tak liat, tak lemau dan sedap untuk di makan. Tiada isu, produk masuk angin macam selalu tu kan. Satu paket untuk seorang dah cukup berkhasiat dan mengenyangkan. 

Untuk pagi hari minggu yang lalu, kolin dan alisa campurkan frutzee dalam cereal kami untuk sarapan pagi. Tampil rasa kelainan sedikit tapi sedap. Korang pun patut cuba ok. Next entri kolin akan share a quick and short recipe on how u can add Frutzee in your recipe. Haa sesekali speaking hahahha

Mana tahu selepas ini kolin berpeluang tulis blog dalam bahasa English kan. 
Terima kasih FRUTZEE BY NUTRIO MALAYSIA untuk tajaan makanan pagi kami.



Love, 

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar