Rabu, 07 September 2016

SUMBER AYU untuk wanita masa kini

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak pernah guna pencuci bahagian sulit wanita, angkat tangan!! Pada kolin lah kan, sekarang ini memang semua wanita perlukan pencuci ini. Bukan sahaja dapat membersihkan kawasan intim tapi dapat mencegah bakteria juga tau. 


Dalam menjalani kedewasaan sebagai seorang wanita, kita kena faham tubuh badan kita sendiri kan. Sudah pasti korang tak nak gangguan atau perasaan tidak selesa di sekitar kawasan tu kan. Malu pulak kita nak berjalan dan melepak dengan kawan-kawan. Jesteru itu, penjagaan tempat paling intim tu sangat penting. 

Kini SUMBER AYU untuk wanita sibuk masa kini dah tercipta. Ada pelbagai wangian bagi rangkaian pembersih kewanitaan ini. Jangan guna sabun tau untuk pembersihan kawasan ini. Ianya boleh menganggu keseimbangan semula jadi dan menyebabkan risiko jangkitan lain. Pendek kata memang tak sesuai langsung untuk guna sabun biasa bagi pencucian kawasan tersebut ok. 

Ini antara yang kolin dapat cuba, tiga daripada 6 variasi yang ada dari SUMBER AYU

Lengkapkan rutin harian anda dengan PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU. Diformulasikan oleh bahan-bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih sahaja tau. Bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan bau yang kurang enak tu. Kawalan PH pada para pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik tau. 

Bahan utama ekstrak daun sirih dalam SUMBER AYU ini dipertingkatkan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran yang berpanjangan tau. Korang patut cuba rangkaian dari SUMBER AYU ini sebagai salah satu rutin kebersihan diri kita sebagai seorang wanita ok.

Tampil dengan rona yang lebih menarik dan wajah baru yang segar. Mengekalkan bentuk botol yang di inspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita dan rona yang lebih menarik untuk memberi perbezaan setiap varian pembersih wanita ini. 

Halal tau, dah disahkan oleh JAKIM pun. So boleh la korang gunakan tanpa was-was ok. 
Ada 6 varian dari SUMBER AYU. Korang boleh pilih wangian apa yang yang korang nak.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
 Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara. 

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis. 
Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja. 


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk
Aroma semulajadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli 
yang terkenal dengan suasana anggun. 

 Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.


Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi gadi yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia. Yakin dalam apa jua keadaan. 

Rangkaian pembersih wanita SUMBER AYU ini boleh didapati dengan harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml) di semua pasaraya terdekat. Ianya dibawakan oleh WIPRO UNZA. 

Kalau korang tuang kat tapak tangan, memang agak cair sedikit dan tidak mengeluarkan buih yang banyak.
Tapi kolin rasa, itu lah kadar pH terbaik untuk kebersihan di bahagian itu. So, jangan malu dan segan kita semua perempuan kan. Gunakan bahan yang ada, murah aje pun. 

Dengan SUMBER AYU kini, kebersihan kawasan intim wanita lebih terpelihara.
Nanti beli dan jangan lupa guna ok. 

Love, 

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar