Selasa, 11 Oktober 2016

Masa keriangan bersama PLAY-DOH #playdoh60my



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pertama kali kolin bawa balik set PLAY-DOH Town Firehouse ini memang anak kolin dah teruja. Kalau korang nak tahu, PLAY-DOH telah berada di lebih 80 negara di seluruh dunia dan lebih 3 billion cans PLAY-DOH telah terjual. Dah 60 tahun pun semenjak dari tahun 1956 tau. Tidak dinafikan, PLAY-DOH dapat mengeratkan sesebuah keluarga. 
Termasuk lah keluarga kecil kolin. 

PLAY-DOH dalam kotak sekecil ini dah buat anak-anak gembira sangat kan !
 Magik sangat dah ni. Apa lagi jom tengok apa ada kat dalam.  



Ada empat balang atau can PLAY-DOH dan pelbagai alatan untuk kami bermain bersama. Kalau korang nak tahu, di dalam kotak ini ada arahan bagaimana untuk kita semua cipta suasana mengunakan PLAY-DOH. Pada kolin ini adalah satu alat pembelajaran terbaik untuk anak-anak untuk melihat gambar dan membaca arahan pemasangan atau dalam penghasilan setiap bentuk PLAY-DOH yang ada. 

Lagi bagus, kolin dan anak-anak lebih berkomunikasi dan menyumbang idea bersama untuk membina PLAY-DOH Town Firehouse kami sendiri. Tengok lah sendiri bagaimana kolin dan anak-anak berkerjasama dalam membina kota kami. Kolin tak berapa cekap, tapi Ali dan Alisa memang cekap bab pasang memasang. Laju sahaja siap mereka pasang. Nampak sangat motor skill atau daya pemikiran mereka lebih tajam apabIla bermain. 

Setiap apa yang ada memang anak-anak baca dan teliti sebelum bermain. So jom kita pasang beramai-ramai !! Excited sampai kolin pulak terlebih-lebih.


Memang menguji daya kreativiti anak-anak dan juga kolin. Korang lihatlah sendiri betapa mereka mengunakan keupayaan kreativiti yang ada bagi merealisasikan PLAY-DOH Town Firehouse mereka. Sememangnya PLAY-DOH adalah mainan yang selamat dan bagus buat anak-anak.  Kolin memang suka sangat main PLAY-DOH dari dulu lagi. Tapi nak beritahu kat semua ibubapa kat membaca entri ini, PLAY-DOH adalah lebih selamat untuk anak-anak kita.

Ianya tidak beracun, tidak bertoksik malah di percayai sebagai salah satu alat permainan terbaik di seluruh dunia. Siapa yang tak nak beri anak-anak yang terbaik bukan.


Berbekalkan empat warna dari can PLAY-DOH kami mula mencipta. Macam-macam kreativiti mencipta yang kami sekeluarga buat. Ada kucing, ada bunga dan pelbagai lagi. Yang paling bagus, kami boleh campur PLAY-DOH bagi menghasilkan lebih ciptaan dan warna.



Yang penting anak-anak memang fokus dan menumpukan seluruh perhatian apabila bermain. Kolin percaya dengan melatih mereka fokus dapat membantu dalam aktiviti persekolahan harian mereka. Ini antara yang dapat kami hasilkan apabila bermain 
PLAY-DOH Town Firehouse.


 Inilah pegawai bomba kami, kalau perhatikan di kotak rambut lain. Tapi inilah hasil imaginasi anak-anak kolin. Comel sangat ! Yang bagus tak melekit dan senang untuk dibersihkan. 


Inilah pula anjing comel siap tulang sekali. Semua acuan ada di sediakan. 


Inilah hasilnya ada api di sekitar bumbu dan semua ini perlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti. Anak-anak kita kreatif sebenarnya tapi kita aje tak tahu kan. Kalau korang nak dapatkan permainan ini boleh Singgah di pasaraya yang berdekatan. Harga PLAY-DOH Town Firehouse ini hanya RM139.90 sahaja. Kalau tak berminat dengan set yang ini, PLAY-DOH ada pelbagai lagi set yang lain boleh anak-anak kita terokai. 


Inilah muka ceria anak-anak kolin selepas bermain. Happy sangat !!
Lepas ini boleh cuba dan cipta suasana yang berlainan pula kan. 

Terima kasih PLAY-DOH untuk keriangan ini. 
Dan selamat menyambut ulangtahun ke 60 tahun !!
#playdoh60my 

Love, 

Kolin Zainal

Tidak ada komentar:

Posting Komentar