Jumat, 07 Oktober 2016

Night of Fright 4 di Sunway Lagoon Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pelancaran Night Of Fright 4 telah di adakan di perkarangan Sunway Lagoon pada hari selasa yang lalu.
 Yang merasmikan tak lain tak bukan, Mr. Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon dan  Mr. Lynton V. Harris, Chairman and Global Creative Director of Sudden Impact Entertainment Compay.
 
Kalau korang nak rasakan perasaan takut dan seram-seram manja, nak merasa masuk rumah hantu, nak merasa permainan yang boleh mencabar perasaan ngeri korang boleh lah datang ke Sunway Lagoon. 
Night of Fright 4 yang bermula pada 7 Oktober sehingga 31 Oktober 2016 kini telah bermula !!!

Tahun ini Asia's Best Attraction telah menyediakan FRIGHT, FEAR & FUN buat semua bakal pengunjung yang datang ke Sunway Lagoon. Melalui perkhidmatan terbaik bagi horror themes di seluruh Asia, Modern Dsystopian dan Hollywood dengan adanya 8 rumah hantu, 6 tempat Scare Zone dan 11 permainan yang boleh korang naik di waktu malam. Kolin naik roller coaster memalam ngeri lak gelap-gelap tu. 


Bagi merasakan semua pengalaman ini, kolin tak keseorangan. Suami turut teman, best wei pergi dating sekali sekali kat tempat-tempat macam ini. Ini semua gambar dari Sunway Lagoon Official Photographer.
Comel sangat kan...terima kasih Sunway Lagoon !!!



Scream Park bermula dengan CHAONEI NO #81 in UV3D: Rumah paling berhantu di Beijing akibat kekusutan cinta di antara penyanyi opera yang terkenal dengar suaminya. Asian Themes pula dimulai dengan DIYU-JOURNEY OF JUDGEMENT- korang boleh jalan di atas jambatan dan seolah-olah nasib korang akan ditentukan semasa berjalan. Takut weiii !!! 

Yang paling terkenal kisah MALAYA HIGH SCHOOL yang memberikan kita gambaran cerita seram yang telah berlaku di kelas tingkat atas. Korang kena lah masuk, nak cerita pun dah berpeluh takut. Jangan lupa cuba KEVIN HILL tempat sejuk yang menampilkan lokasi Moden Dystopian. Ada zombie dan juga letupan misteri di Kevil Hill Cyronic Corporation Headquartes. 


Bagi Hollywood pula yang paling terkenal ialah THE GHOSTBUSTERS ADVENTURE LIVE !! Korang boleh masuk dan lihjat sendiri bagaimana hantu-crew ini buat kerja mereka. Ada ANGOSNIA THEATER, campuran sedikit fesyen dan juga ZOMBIE APOCALYPSE  yang sememangnya menjadi pilihan pengunjung. Pendek kata Night of Fright 4 kali ini sememangnya lain dari tahun lepas. Kolin dah ke NOF3 sebelum ini, tapi NOF4 kali ini memang lain macam lah pulak. 



Korang jangan lah tak pergi AH WING'S BUTCHER SHOP, tempat yang penuh titisan darah, TANAH PERKUBURAN BUKIT LANG, tempat di mana dikatakan roh-roh menjerit akibat di seksa, THE LONDON FOG, KEVIN HILL TOWNSHIP, THE ZOMBIE WALK 
& THE CLOWN COLLECTIVE. 
Ini dia kolin dah bagi list untuk korang pergi dan berseronok. 
Ini semua ciptaan tau, jangan salah sangka. 

Bagi permainan lewat malam yang dibuka untuk semua pengunjung ialah CAROUSEL, APACHE POTS, PIRATE'S REVENGE, COLORADO SPLASH, TOMAHAWK, WAGON WHEEL, LOST CITY OF GOLD SCREAM COASTER, FUN FAIR, GRAND CANYON RIVER RAPIDS, BUTCHY CASSIDY TRAIL & VULTURES. Jadi kalau korang dah masuk rumah hantu semua tu, tapi rasa nak main permainan yang ada pun boleh. Banyak sangat aktiviti bersama yang boleh korang buat. Tapi semua ini untuk 12 tahun ke atas tahun. Atas faktor keselamatan juga lah.



Night Of Fright 4 yang meraikan Halloween sempena bulan Oktober ini bermula dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam dari Jumaat sehingga Ahad. Tiket dijual pada harga RM58 (harga normal), RM50 (harga pelajar), dan promosi ekslusif RM120 (untuk kemasukan Sunway Lagoon dan satu tiket NOF4. 
 Beli 2 untuk RM80 sahaja setiap kemasukan pada hari ahad. 
Lebih mudah call sahaja talian ini 03-5639 0000.

Mana yang masih mencari-cari mana nak pergi sepanjang Oktober ini, boleh lah try pergi NOF4 wei. Try, Test dan tengok tahap takut korang ada hahahha.
Yang penting both of us have so much fun di NOF4 kali ini. 
Hantu pergi dating nak balik dah...ingat NOF4 habis 31 Oktober 2016.
Jangan tak pergi..rugiii !!!



Love,

Kolin Zainal 

 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar