Minggu, 16 Oktober 2016

sambutan ulangtahun kelahiran Alisa yang ke 7 tahun



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Seperti permintaan tuan puteri rumah jinjang ni kolin tunaikan. Dia mahukan 'Surprise Party' kan. Balik keje kolin kelam kabut lah buat simple decoration untuk tuan puteri. Apa yang kolin ada semua kasi tampal. Semua dekorasi dan belon-belon tu kolin beli dari DIY aje. Murah dan lawa, cukup lah kan. Sebab sambutan hari lahir peringkat family sahaja. Kali ini tak buat lah panggil jiran dan kawan-kawan sebab hari bekerja. 

Inilah istana kolin. Simple aje..
jemput lah datang kalu free ye..nanti kolin masak mee goreng hahhhahaha 





Semua pakai tampal pakai pin kat langsir sahaja. Memang surprise betul tuan puteri jinjang hahahaha. Seronok betul dia tengok semua dah tersusun untuk sambutan hari lahir dia. Seronok sangat sampai tak mandi, terus tukar pakai baju frozen kegemaran dia tu. Makanan pun simple aje, macam biasa KFC dan juga kek yang dibeli oleh hubby. Yang penting memang kami bersama dan percaya atau tidak meriah giler…





Alhamdulillah, tuan puteri dah genap 7 tahun dan membesar dengan sihat. Kepada semua yang mendoakan Alisa Maisara Binti Sazali, kolin nak ucapkan ribuan terima kasih atas semua doa dan ucapan ya. 



Ampunkan la tudung awning kolin yang senget tu.
Boleh lupa lak nak bergambar, bukak tudung dah lelawa bagai.
Udahnya sarung tudung dalam rumah, ada rupa bibik jinjang dah aku hehehe
  


Dan malam tu kami dapat lah bagi kek di sebelah-sebelah rumah jiran. Semua ucapkan ‘happy birthday’ kepada Alisa dan dia happy sangat. Itu lah yang kami sebagai ibu bapa mahukan. Tak ketinggalan abang dia Ali Imran pun meraikan bersama-sama tau. Siap Alisa kutip angpow lagi buat belanja bercuti ke Kuala Terengganu katanya. Well…girls not trained to go shopping, but in the blood !! Dah pandai shopping weii…

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sambutan hari lahir pun sangat-sangat meriah. Surprise party pun menjadi yahoo…….

"Happy Birthday my dear Alisa Maisara,
I love you with no condition,
The first day I know I gonna have you, its bring joy and pride
I don’t want to miss any second knowing you
I wish to see you grow up beautifully
I wish all the good thing in the world will be yours
One day if you are reading this entry in my blog
Trust me alisa, mommy love you till the end of my breath
Love you my daughter.."




 Yang Emosional,
 
Kolin Zainal  



Tidak ada komentar:

Posting Komentar