Selasa, 01 November 2016

WikoUFeel best giler

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang yang masih mencari apa brand telefon bimbit nak beli, kolin nak cadangkan korang cuba WikoUFeel. Jenama ini memang agak asing kan di Malaysia, tapi percayalah Wiko Mobile Malaysia sedang bersaing dengan pelbagai jenama telefon bimbit yang berada di pasaran sekarang. Jenama Wiko adalah dari Perancis tau, boleh follow mereka di IG atau FB dan lihat sendiri semua spesifikasi yang ada. Buat masa sekarang kolin nak cerita mengenai WikoUFeel Space Grey.

 Sebagai seorang blogger, kolin memang cemburu sangat kalau tengok kawan-kawan hasilkan gambar yang menarik. So masa mula-mula kolin tengok kamera yang ada pada WikoUFeel lah dulu kan. Memang teruja tengok ada 7 mode yang boleh kolin pilih. Kamera belakang 13mp ada flash dan lampu manakala kamera hadapan pula 5mp ada flash. Mana nak dapat telefon bimbit yang canggih dengan harga berbaloi kan. Suka sebab semua gambar terang, lawa dan senang sangat untuk di edit. Mana-mana kamera yang kolin gunakan memang menjanjikan gambar yang menarik dengan WikoUFeel. Kalau tak percaya, kolin ada share kat Instagram kolin, pelbagai gambar yang kolin sempat snap mengunakan WikoUFeel. 




Ianya 5.0 HD IPS dengan 2.5 LENS, memang cukup kecil dan nipis, senang untuk di simpan di dalam poket seluar. 2nd Gen Fingerprint Sensor Technology ini lah dia yang paling best. Ada sekuriti mengunakkan finger print tau, bukan macam biasa pattern atau nombor untuk Lock telefon korang. Dengan WikoUFeel korang boleh dapatkan teknologi setanding dengan telefon bimbit jenama mahal tu. 

16GB Rom 3GB RAM dan memori boleh ditambah lagi mengunakan Micro SD Kad. Ianya Android terkini iaitu 6.0. Kiranya kalau korang nak cari telefon bimbit yang mampu milik dan berbaloi nak pakai, inilah dia. 

 
Nampak tak anak kolin Ali Imran yang berumur 10 tahun pun senang nak pegang. Bahagian belakang WikoUFeel agak kasar, tak licin. Disebabkan itulah kolin suka sangat, sebab kalau licin selalu gak terlepas dari tangan. Nak tengok youtube atau video lain pun dalam HD memang lawa lah video yang kita tengok. Pendek kata puas hati dengan WikoUFeel. Asyik cerita aje kan harga lupa nak cakap RM699 sahaja ! Dan ianya boleh di beli di LAZADA webpage juga tau. 


Kolin jatuh cinta sangat dengan WikoUFeel ini sebab kamera dan jua memori dia. Pergi event kolin boleh bergambar banyak-banyak dan ada masih mempunyai ruang untuk simpanan gambar. Senang nak faham fungsi WikoUFeel memang mobile friendly. Nipis, senang nak dibawa, ada torch atau untuk tangkap gambar di tempat yang gelap. Kalau nak selfie tu, tak perlu edit payah sangat pun. Aplikasi dah siap terus cantik aje gambar semuanya. Kalau korang dah berkenan boleh lah beli satu dan cuba pakai. Berbaloi untuk poket tau.

Love, 

Kolin Zainal

1 komentar:

  1. Wow, that seems like a nice phone. I want to purchase it with Best Convection Oven. Can you help me in finding out that?

    BalasHapus