Minggu, 31 Juli 2016

Seven Seas berkongsi dengan Ibubapa di Malaysia mengenai makanan sihat #DontWorryMom

assalammualaikum dan salam sejahtera

Beruntungnya kolin dapat menjadi sebahagian dari program ini sekali lagi. Terima kasih sebab jemput kolin ya. Kali ini memang teruja sebab dapat lihat sendiri bagaimana pemakanan sihat seperti salad dan buah-buahan dapat menarik perhatian anak-anak untuk makan. 


Berlangsung di Tree Top House Kindergarten di Segambut, kolin bersama-sama ibubapa yang lain diberikan sesi penerangan mengenai kebaikan yang ada di dalam setiap sayuran dan buah-buahan. Seperti yang kita sedia maklumlah, anak-anak memang memilih kan bab yang ini. Kalau jumpa warna hijau semua diasingkan, betul tak?  Memperkenalkan Mrs. Mohana Gill, pemenang award sebanyak 6 kali dalam menghasilkan buku mengenai resipi pemakanan. Orang yang murah dengan senyuman dan peramah ini memang berjaya membuatkan sayur nampak sedap aje tau.


Bersama dengan Seven Seas, mereka amat peka mengenai anak-anak yang kurang nutrisi. Dengan pemakanan harian yang sangat penting sememangnya agak membebankan ibu bapa yang sibuk macam kolin kan. Tahu sajalah bila mereka meningkat naik dan membesar, tahu aje nak memilih makan apa. Kadang tu memang bekalkan mereka dengan rangkaian

Sebahagian dari kempen #DontWorryMom yang telah dilancarkan pada April 2016 yang lalu, kini sekali lagi Seven Seas melancarkan kempen kepentingan nutrisi kepada semua. 


So jom kita buat makanan sihat bersama anak-anak. Pastikan semua tangan dicuci bersih, sayur-sayuran juga dan apa kata kali ini kita libatkan anak-anak kita semua dalam penyediaan makanan. Ini bagi memastikan si kecil lebih seronok dalam diet harian mereka. Menurut Richard Lee, General Manager of Merck Consumer Health Division Malaysia, semua ibubapa sememangnya menghadapi cabaran masa kini bagi memastikan anak mereka tidak kurang nutrisi, beliau berharap dengan kempen #DontWorryMom ini semua ibubapa dapat idea dan inspirasi bagi merealisasikan kempen ini dengan berjaya.

Menurut Mrs. Mohana, dia mahu mengikis stigma yang di mana anak-anak tidak makan sayur dan buah-buahan. Menjadi tanggunjawab ibubapa agar menyediakan makanan berkhasiat dan kita boleh tunjukkan betapa lazatnya makan sayur dan buah-buahan.

Jadi kita semua apabila di dapur kena lah ajak anak-anak dalam penyediaan makanan seharian. Macam adik-adik ini, potong sayur sendiri dan buah sendiri. Pastikan semua dalam keadaan selamat dan di bawah pengawasan kita lah. Lagi meriah sebab mereka sediakan makanan mereka sendiri.




Dah sesi bersama anak-anak, ibubapa juga diberikan dua ke tiga resipi untuk dibuat di rumah. Memang tak sangka burger dari sayuran pun sedap wei. Dapat tengok buat jus bunga raya pun dah sedap.
Siapa sangka semua ini boleh buat di rumah sahaja.

Tahniah buat Seven Seas di atas kempen #DontWorryMom ini.
Kolin pasti lebih ramai rakyat Malaysia akan lebih peka mengenai pemakanan sayur dan buah-buahan lebih membawa manafaat yang baik.



Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini korang boleh layari www.facebook.com/SevenSeasMalaysia dan boleh dapatkan lebih banyak info bagi menjamin kesihatan yang lebih baik untuk anak-anak.


Love,

Kolin Zainal

Kamis, 28 Juli 2016

Althea Pink Party di Ruang

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Happy Birthday Althea !!!!!

Parti sambutan ini bertemakan pink, memang meriah sangat dan dekorasi memang sangat melambangkan kewanitaan. Siapa yang pernah pergi RUANG di subang jaya pasti tahu keistimewaan tempat ini. Korang yang suka produk kecantikan dan penjagaan wanita patut layari https://my.althea.kr/ dan shopping kat sana.  kalau korang nak merasa shopping oversea atau lebih tepat di KOREA ini lah dia. Parcel yang korang terima sememangnya di kirim dari KOREA. Free delivery caj tau !!!

Untuk parti PINK ini kolin nak berterima kasih kepada Huda sebab suruh kolin temankan dia. Love you huda!!! So jom kolin kongsikan gambar-gambar posing maut kat Althea Pink Party!




Memang lawa sangat dekorasi. Tahniah buat Althea. 
Selain itu makanan ala korea juga dihidangkan buat semua yang hadir. 

Siap boleh bawa balik gula-gula comel wei. Ada juga coklat dan biskut dihidangkan.
Acara birthday party yang sangat comel 




Photobooth yang comel ala kotak dari Althea pun ada !!!
Boleh lah nak posing berapa kali pun. Mereka sedia melayani.
Happening sangat apabila kami semua diberikan kejutan 150 kredit di dalam setiap akaun Althea kami. Shopping dalam masa 30 minit memang berpeluh weii..maklumlah semua barangan dalam website Althea comel belaka. Akhirnya berjaya kolin membeli hampir 6 barangan dengan kredit yang dihadiahkan oleh Althea tu. Happy sangat dapat beli perfume shampoo tu. Tunggu aje parcel dari KOREA datang wei.


Kami juga dihadiahkan dengan lucky draw apabila host Althea menyuruh kami ambil sorang satu belon dan pecahkan. Hadiah nya ada tertera di atas kertas di dalam belon. Walaupun Pink Party ini singkat dari jam 3-5 petang tapi memang kolin enjoy giler. Tengok sajalah acara kolin posing memosing wei...

Bukan selalu dapat pergi parti yang begini. PINK is one of my favourite color huhuhuhu




Terima kasih Tammy dan juga Althea sudi menerima kolin ke Pink Party.
Ramai sangat kawan baru yang kolin dapat kenal. Semoga Althea Korea lebih maju dah sukses untuk tahun-tahun yang akan datang. Korang jangan lupa shopping barangan KOREA bersama ALTHEA ok. 




#AltheaTurns1

Love,

Kolin Zainal

Selasa, 26 Juli 2016

I love Wedding !!!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Gembira rasanya dapat jadi sebahagian dari hari bahagia ex-bos kolin ini. Dari 2008 till to date, kolin dan Pn. Azizah masih berhubung. Kolin pun dah anggap Puan macam family. A lots of things we share together. Seorang yang merendah diri dan penyayang sangat pada kolin. 

So now dah tiba masanya meraikan cinta buat Dr. Fathi dan Dr. Ainaa
I love wedding, semua cantik, semua wangi. Everybody smiling yeay





Alhamdulillah, kolin diberikan tugasan untuk menjadi urusetia untuk majlis perkahwinan yang gilang gemilang ini. Sangat bertuah ada team urusetia yang best. Samada dari kawan-kawan puan, sedara mara, keluarga dari pihak keluarga pegantin dan juga semua yang ada. Kolin best sangat dapat wat keje dengan laju. 
Semua bagi kerjasama, walau kolin bukan lah dari kalangan keluarga mereka. 

Semoga semua tetamu yang hadir pun puas hati atas layanan kami yang mewakili tuan rumah.  
Ada terkurang mohon maaf ye.


Inilah ex boss kolin, Puan Azizah Yusof. 
Comel kan !! 

Ini Sufia Hafizah ...sekali lepak dengan makcik ini memang banyak gosip kami cerita. 
Dari satu office, sampai lah sekarang selalu berwasap dan call.
Ada sahaja cerita kami berdua. Antara kawan baik yang kolin ada dia ni lah.
Adik beradik lain mak bapak hahahha

Ini pula yang pernah sama-sama bekerja di bawah pengurusan Puan Azizah.
Dah macam reunion pun ada juga. Masing-masing dapat juga melepak dan mengusik. Rindu sangat zaman-zaman kami sama-sama mengila. Betul la kata puan..majlis ini dah macam mini reunion.

Dan yang ini Hadi, 'Crime Partner' aku masa kerja dengan Puan dulu hahaha
aku ni PA dan dia Driver Pengarah.
Memang kami berdua selalu kerjasama dan ngam gila dalam menguruskan kerja seharian. 

Terima kasih Hadi...so happy to see you !!!
Kadang-kadang aje kita jumpa orang boleh ngam dengan kita.
Tu kalau dah jumpa, memang boleh mereng sesama hahahhahaha
Hadi ini dah macam adik aku dah, muda lagi, solo. Siapa yang berminat boleh email akak ye. 

Nampak tak kalau ajak wefie memasing happy kemain hahhaha


Inilah dia keluarga pegantin. Tahniah Dr. Adnan dan juga Puan Azizah. 
Semoga dapat cucu cepat-cepat ya. Kolin beruntung dan berbesar hati dapat bantu Puan dan Dr. dalam menyambut hari yang gembira ini. Terima kasih banyak-banyak. 

Sepanjang kolin kerja ni, tak lah banyak sangat bos yang pernah kolin kerja. Sebab selalu kerja di satu-satu tempat agak lama. Pertama Allahyarham Tan Sri H.M Shah dan Datin Sarina. Alhamdulillah sampai sekarang kolin masih baik lagi walau Tan Sri dah tiada. Kalau jumpa Datin Sarina tu memang peluk cium lah. Antara bos yang baik masa mula-mula kolin mula bekerja pada tahun 2001 selepas grad dulu. 

Arwah dan Puan Sri Datin Sarina Shah memang banyak mengajar kolin. Sebagai pembantu kepada mereka atau lebih tepat Setiausaha memang sangat menjaga kolin.

Selepas itu 2004 sehingga 2008 kolin bekerja di syarikat developer dan pembinaan. Bos kolin nama Yap Soon Thai. Sampai sekarang masih wish selamat hari raya dan happy birthday !! Sapa tak ingat birthday kolin memang pelupa. Kolin lahir hari kebangsaan lah 31 ogos. Sedih tau kalau tak ingat. Hatta kolin dah bertukar  hp banyak kali, nombor dia pun kolin dah hilang. Still wish jugak !!!!


Sepanjang kerja pun memang best, bos yang pernah bagi minyak wangi Estee Lauder, Angpau dan banyak lagi lah. Memang antara bos terbaik yang kolin pernah bekerja. Tapi bila bos baik kita pun baik lah jugak.

Kemudian 2008 sehingga 2010 kolin mulai bekerja dengan Pn. Azizah.
Seorang yang sangat tegas dan teliti. Tapi totally I am happy.
Sebab dia sangat menjaga kolin sebagai PA. Tak berat sebelah dan sentiasa menegur kalau kolin salah. 
Mana nak jumpa boss-boss baik macam ini kan. Setakat ini memang ini antara bos yang pernah kolin kerja. Dan sebagai PA kolin sayang betul dengan mereka ini. Bos baik, PA akan baik. 

Tu lah pernah wujud ayat ini
"Don't Mess with PA"

Sapa faham...faham lah...so kalau adalah antara pembaca blog kolin ini seorang bos. 
Hargailah kakitangan bawahan anda, tegurlah dan jangan lah ada sikap pilih kasih. 
Buanglah perangai makan bodek-bodek sesetengah pekerja tu. Nilai lah pekerja anda dari kerja yang mereka buat. Kolin dah kerja dengan bos yang ada sikap macam ni. Percayalah, nothing good happened after we are not working together anymore. 

Maaf sudah, melupakan memang payah !!!
I always have a good boss..always !!!!! But once terkena..ingat sampai mati. 
Boss lebih baik tegur direct PA awak, dari senyum-senyum depan dan belakang buat macam-macam.
Jangan lah, please all bosses jangan buat macam tu. Berbincang ok ! Sayang lah PA tu dan percayalah PA u akan jaga you macam KING !

Last but not least...
Selamat pengantin baru Dr. Fathi dan Dr. Ainaa

Love, 

Kolin Zainal




shopping di hari Jumaat

assalammualaikum dan salam sejahtera

Shopping dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Kalau pondan kolin tak tahu lah, kaki shopping jugak kut kan heheheheh. Tapi memang shopping adalah terapi kolin. Nak jadi cerita dapat RM50 pergi shopping pun jadi wei...

Kali ini bersiaran dari SACC Mall Shah Alam. Murah rezeki kawan seopis sebab belanja kolin dan kawan-kawan makan Nandos uoollss. Untung dapat kawan tak mendekut. Belanja sokmo, ye lah rezeki di kongsi bersama katanya. Selasai makan, dia pergi solat jumaat. Aku pun selingkuh pergi shopping !!

Sekali terjebak kome..masuk Elianto !!!
Nampak SALE terus terpedaya hahahhaha



Nampak tak...satu barang 10%, dua barang 20% dan tiga barang 30%
Jom tengok apa barang yang ada kat Elianto

Dari barang mekap, barang penjagaan muka, minyak wangi, segala benda kecantikan ada di jual.
Memang boleh leka kalau duduk kat sini.
Tengok dan belek gincu bibir dia pun dah boleh habis sejam.



Body mist RM19.90 tu kolin beli warna pink tu. Wangi giler !!
Tapi disebabkan barang yang ketiga dapat RM13 sahaja. Murah kan...beli wei.
Kita suka mewangi selamanya. Tapi serius cakap, body miss kat sini memang wangi dan lasting sangat.

Lepas mandi, sebelum tidur boleh lah sembur-sembur.
Bangun esok pagi, wangi aje wei..




Buy One Free One pun ada juga tau. 
Disebabkan si tudung hijau terkois dan purple tu lah aku jebak shopping kat sini
Kome tengok, gigih nak membayar tu. Shopping kan !


Inilah rimau pink yang terlepas pergi shopping di hari Jumaat.
Berbagai-bagi beli, kata terapi diri kan. Nak hilang stress katanya.


Terima kasih Reena dan Suzi, minggu depan kita shopping lagi ye..
Jangan lupa baskin robin sekali hahahahah

Love, 

Kolin Zainal

Minggu, 24 Juli 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Original buat seisi keluarga

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Sebenarnya kolin dah lama dengar pasal minyak ini. Tapi tak pernah ada kesempatan nak cuba khasiat yang ada dengan minyak ini. Bagaikan pucuk dicita, kolin dan keluarga dapat cuba kebaikan minyak ini. 

Tahu sajalah kan, sekarang cuaca tak menentu. Lagi-lagi budak tak boleh lari dari masalah batuk dan selsema. Lagi payah kalau membawa ke masalah semput atau asma. Ramai dah cuba, banyak testimoni yang sudah kolin baca. Ternyata minyak ini sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah. 



Minyak Herba Asma Mujarab Original ini di datangkan dengan sticker hologram di belakang botol. Dan siap seal dengan plastik berwarna hijau. Saja kolin bagitau, sebab biasalah kekadang takut kita terbeli yang tiruan. Ini lah masalah bila ada satu produk yang bagus, pasti akan ada masalah macam ini lah.

Untuk elakkan dari korang tertipu atau terbeli yang tiruan, korang kena beli dengan link di bawah ini. Atau nak lebih senang telefon sahaja. Hubungi: Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner) atau En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) untuk buat pesanan. Kalau nak tahu minyak ini baik untuk bayi, kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Semua link di bawah ini boleh memberikan korang testimoni atau penerangan mengenai produk ini. 
So jangan risau, sebab penguna Minyak Herba Asma Mujarab Original ini memang dah banyak. 
Kolin saja ketinggalan nak cuba produk bagus ini. Kolin rasa setiap rumah kena ada satu.
Lagilah kalau korang ada anak-anak nak membesar kan. 

Jangan lupa klik link kat bawah ini ok. Untuk sahkan yang korang tak salah memilih produk yang bagus. 


Kebetulan Alisa demam, hari khamis minggu lepas tak pergi sekolah akibat batuk dan selsema. Biasalah berjangkit bila main sama-sama kan. Kolin sapu bahagian dada dan belakang badan Alisa. Teruja nak cuba sangat wei. Mana tau, kita usaha bagi cepat baik kan. 


Minyak tak panas untuk budak, cepat serap ke dalam kulit, bau pun ok bukan lah bau yang tidak menyenangkan. Bila sapu kolin tak sapu kuantiti banyak lah, sebab rasanya pengunaan tak perlu lumur satu badan kan. So dua ke tiga titis atas tapak tangan, sapu rata-rata bahagian depan dada dan belakang badan.
Disebabkan batuk, kolin sapu sikit pada leher Alisa. Kolin rasa dia gatal tekak sikit. 

Dah selesai, tanya Alisa 'panas tak?' Dia geleng kepala.
Bagusssss....kalau panas memang budak tak suka kan. Ini biasa-biasa sahaja berangin Minyak Herba Asma Mujarab ni. So sesuai untuk baby juga lah kan. 


Nak jaga pun senang, sebab ada cap plastik untuk halang minyak tumpah. 
Tangan kita pun tak rasa panas selepas sapu. Nak basuh tangan pun senang, sebab tak berminyak sangat. 

Hasilnya Alisa Maisara tidur nyenyak malam tadi. Tak ada bunyi 'wheezing' lagi dah. Sebab kalau selsema kan hidung tersumbat. Kadang-kadang asyik terjaga sebab batuk kuat kan. Dah sapu cepat lega lah pulak.
Khamis tak pergi sekolah, Jumaat dah kembali ke sekolah. Sebab minggu depan nak exam kan. 

Terima kasih Minyak Herba Asma Mujarab sebab kenalkan produk ini kepada kolin. 
boleh lihat sendiri banyak sangat penguna yang berpuas hati. Cuma nasihat kolin, beli lah dari link yang kolin sertakan ini. Bukan apa, takut terkena yang tidak original saja. 


Alhamdulillah, berkesan buat anak-anak kolin. Esok lusa mana tau kolin pulak guna kan. 
Kalau korang ada anak-anak yang asma dan lelah tu, boleh cuba juga tau.
Banyak hasil positif ibubapa selepas mengunakan minyak ini di laman sosial. 

Yang baik tak salah kita kongsi kan.

Love,

Kolin Zainal

Jumat, 22 Juli 2016

Throwback Beijing

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2016 ni kemarau tak pergi cop pasport pun. Mungkin tahun depan lah kut kalau ada rezeki lebih kan. 
Bila tengok album-album lama, tertengok la album Beijing 2014 masa tu kolin pergi dengan Milah dan Khaty. Best giler..jom throwback kenangan manis kat Beijing.

Kutu wei..simpan duit bulan-bulan hahahhah
Tapi berbaloi baloi ...


Ni kat Great Wall atau tembok besar Cina..
Tak sangka dapat sampai sini wei..selama ini tengok aje 
Syukur sangat !!!


Kasut winter boot dan jacket winter tu pun beli kat Beijing 
Memang selamba redah, walaupun tahu Beijing agak sejuk dan hampir ke musim bunga masa tu.


Yang ini lagak dapat beli boots tinggi dengan harga RM50 sahaja !!!
Gila posing wei depan kedai hahahahha


Boot tu kami pakai sampai dalam flight balik ke KL tau hahahah
Sebab beg dah tak muat nak bubuh dah weii..padahal bukan pergi shopping sangat pun. 
Seronok berjalan tengok tempat orang aje. 


Posing pepagi buta depan hotel ini. 
Breakfast apa yang ada..roti dan telur hahahhahaha
Khaty memang suka sangat topi panda tu hahahah



Banyak lagi gambar kat Beijing ini, nak buat second entry lah hahahahha

Kalau nak tahu siap flight dan hotel dalam RM1400 sahaja kami belanjakan.
Tapi dalam 2014, tak tahu lah sekarang. Itupun flight yang agak mahal sedikit. 
Penginapan dan tour guide semua harga patut.

Nanti kolin share lagi ya, gambar throwback Beijing.
Missing you all girls !!! hope we can repeat travelling again !!!

Love,

Kolin Zainal